Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Salah Sedia Kekal Di Anfield

Kongsikan Artikel Ini

LIVERPOOL, 23 Okt – Mohamed Salah memberitahu Liverpool dia mahu kekal di kelab itu sehingga tamat kariernya, tetapi penyerang Mesir itu menegaskan kejayaan rundingan kontraknya dengan kelab “tidak bergantung kepada dirinya”.

Kontrak Salah sekarang akan berakhir pada tahun 2023 dan Liverpool sedang menyiapkan kontrak baharu untuk jangka panjang.

Pemain 29 tahun itu sehingga kini belum mencapai persetujuan dengan kelab dan laporan mengatakan dia mahu gaji baharu yang akan menjadikannya pemain termahal di Liga Perdana Inggeris (PL).

Ia mencetus spekulasi yang Salah akan meninggalkan Anfield, selepas musim lalu pemain itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Namun menjelang pertembungan dengan seteru tradisi Manchester United esok, Salah memaklumkan yang dia akan terus kekal bersama kelab jika diberikan peluang.

“Ia tidak bergantung kepada saya, tetapi jika anda tanya saya, saya mahu kekal sehingga hari terakhir karier bola sepak saya.

“Tetapi saya tidak boleh bercakap lebih tentangnya, ia bukan keputusan saya. Ia bergantung kepada apa yang kelab mahukan. Ia bukan di tangan saya.

“Buat masa ini, saya tidak dapat bayangkan diri saya bermain menentang Liverpool. Ia membuatkan saya sedih, tetapi kita lihat apa akan jadi pada masa akan datang,” kata Salah.

Salah mempamerkan prestasi menakjubkan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp musim ini, meledak 12 gol dalam 11 penampilan di semua pertandingan.

Dia adalah pemain Liverpool pertama menjaringkan gol dalam sembilan perlawanan berturut-turut dan menjadi pemain terpantas meledak 100 gol untuk kelab pada September lalu.

Jaringan menarik ketika menentang Manchester City dan Watford baru-baru ini meletakkannya sebagai calon pilihan untuk memenangi gol terbaik musim ini.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania