Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

Rusnah Turun Padang Bersihkan Pantai Puteri

Kongsikan Artikel Ini

PANTAI PUTERI, 23 Okt – Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Rusnah Aluai turut serta dalam program pembersihan pantai di Pantai Puteri anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Melaka dan Amanah Kawasan Tangga Batu dekat sini, pagi tadi.

Program bermula dengan sarapan pagi yang disumbangkan oleh YB Rusnah Aluai, ucapan dari pimpinan yang hadir serta edaran t-shirt serta pelitup muka kepada mereka yang hadir.

Program dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Negeri Melaka merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Tuan Haji Adly Zahari dan turut dihadiri bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Azman Hassan.

Dalam ucapannya, Rusnah berharap agar kita sama-sama menjaga pantai kita dari tercemar dengan sampah-sarap yang sukar lupus terutamanya plastik, straw dan juga puntung rokok.

“DUN Pantai Kundor yang berada dalam Parlimen Tangga Batu ini terkenal dengan pantainya yang cantik. Diharapkan kita dapat mengekalkannya untuk generasi akan datang,” ujar beliau dalam ucapan sebentar tadi.

Rusnah juga mengajak mereka yang hadir dalam program tersebut untuk meluangkan masa mendaftar sebagai sukarelawan Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi.

#TanggaBatuSejahtera

– MEDIA RANIA

Ikuti Rusnah Aluai di platform media sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/rusnah.aluai.pkr/

Twitter

🐥: www.twitter.com/RusnahAluaiP136

Instagram

📷: www.instagram.com/rusnahaluai/

TikTok

🎼:
https://vt.tiktok.com/ZSJK5uy1e/

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania