Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Anwar Utus Takziah Pemergian Allahyarham Khatijah

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah susulan isteri kepada bekas Presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang meninggal dunia kelmarin.

Allahyarham Khatijah Ibrahim, 76, yang juga ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil menghembuskan nafas terakhir di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4.43 petang Khamis.

Anwar yang memanggilnya sebagai ‘Kak Jah’ berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkesempatan menziarahi almarhumah beberapa hari lalu.

Khatijah Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor.
“Terima khabar duka Kak Jah, sahabat keluarga kami yang juga isteri kepada mantan Presiden Pas, almarhum Ustaz Fadzil Noor telah pergi buat selamanya sebentar tadi.

“Saya utus takziah kepada keluarga serta turut mendoakan almarhumah diberi tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa. Al-Fatihah,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, salah seorang anak Allahyarham, Munna ‘Izzah Fadzil memberitahu ibunya sebelum ini berharap untuk meninggal dunia pada malam Jumaat.

“Beliau pergi dengan tenang dan bahagia, akibat komplikasi buah pinggang. Mama, kami redha.
Segalanya milik Allah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan bonda. Khamis, malam Jumaat sepertimana yang bonda impikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Faiz dan ibunya.

Dalam masa sama, Faiz yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional dalam catatannya memberitahu Allahyarham ibu beliau telah 12 tahun menjalani rawatan dialisis.

“Mama adalah kekuatan Faiz. Tiada insan teristimewa melainkan mama. Semoga mama ditempatkan di kalangan solihin.

“Terima kasih semua sahabat yang telah mendoakan kesejateraan bonda saya sepanjang tempoh sukar ini dan setinggi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan hospital-hospital yang telah menjaga dan menguruskan bonda selama 12 tahun bonda menjalani rawatan dialisis,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania