Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Putin Puji Biden Undur Tentera AS Dari Afghanistan

Pertemuan pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dilangsungkan di Geneva, Switzerland pada 16 Jun 2021
Kongsikan Artikel Ini

SOCHI, 22 Okt – Presiden Rusia berpandangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuat keputusan yang tepat dengan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan.

Vladimir Putin malah menyatakan, masyarakat antarabangsa ‘semakin hampir’ untuk mengiktiraf kumpulan Taliban sebagai pemerintah baharu Afghanistan secara rasmi.

“Sudah tentu, Presiden AS (Joe Biden) melakukan perkara yang betul mengundurkan tentera dari Afghanistan.

“Dia mungkin memahami, mungkin tidak tahu secara terperinci bagaimana hal itu akan berlaku, tetapi memahami bahawa ia akan menjadi salah satu garis serangan dalam politik dalaman atau yang lain.

“Tetapi dia melakukannya, memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Putin menggesa Taliban menyedari kepentingan semua etnik Afghanistan dan menghormati hak asasi manusia.

AS mengundurkan tenteranya pada 31 Ogos lalu setelah lebih dua dekad bertapak di negara antara termiskin di dunia itu.

Bagaimanapun beberapa bekas presiden negara itu antaranya Donald Trump mengkritik keputusan Biden kerana ‘melepaskan demokrasi’ setelah 24 tahun berusaha memulihkannya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreBUENOS AIRES, 1 Dis – Agensi Kawal Selia Kesihatan Brazil (ANVISA) pada Selasa mengumumkan dua rakyat Brazil disahkan positif varian Omicron COVID-19,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSINGAPURA, 1 Dis – Bayaran perkhidmatan mengutip sampah bagi isi rumah di sini akan dinaikkan awal tahun depan, buat kali pertama sejak...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreSAN JUAN, 30 Nov – Negara Barbados kini secara rasminya menjadi sebuah republik. Upacara bersejarah itu disaksikan beberapa pemimpin dan orang kenamaan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel InimoreTOKYO, 29 Nov – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata kerajaan akan melarang kemasukan baharu semua warga asing mulai Selasa berikutan kebimbangan...

Copyright © 2021 Media Rania