Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Komuniti

KEADILAN Wangsa Maju Terus Salur Sumbangan Menjelang Sambutan Deepavali

Kongsikan Artikel Ini

WANGSA MAJU, 22 Okt – Sambutan Deepavali akan tiba dalam masa dua minggu lagi dan tahun ini, perayaan dijangka lebih meriah apabila Lembah Klang mula melangkah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 18 Oktober lalu.

Menyedari kelonggaran yang diberikan kerajaan pada Fasa 4 PPN, KEADILAN Wangsa Maju mengambil inisiatif mengedarkan sumbangan makanan asas dan pelitup muka ke beberapa kuil utama dalam parlimen berkenaan.


Program edaran kepada kuil dikelola Pengarah Komunikasi KEADILAN Cabang Wangsa Maju, Sdr Vijeyndran dan dianjur bersama Ketua Ranting KEADILAN Teratai Mewah, Sdr Parthydesan Ganesan dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Wangsa Maju, Sdr Harcharan Singh.

Agihan dibuat di Kuil Shri Mariamman, Kuil Shri Thiru Murugan dan Kuil Kuil Om Shri Alamaram Aathi Sakti.

Vijeyndran berkata, keutamaan diberi kepada hal ehwal kebajikan rumah ibadat yang telah ditutup sepanjang tahun akibat pelaksanaan PKP.

“Hubungan komuniti Hindu dengan kami amat akrab. Sedikit sumbangan ini kami berharap dapat membawa erti bahawa ada lagi harapan. Deepavali tahun ini, saya berharap disambut dengan penuh makna”, kata Vijey.

Pada masa sama, beliau juga telah mengusahakan program ‘Jelajah Prihatin Deepavali Wangsa Maju’ dengan mensasarkan pengedaran bakul makanan kepada golongan B40 daripada kaum India di Jalan Genting Klang, Danau Kota dan PPR Gombak Setia.

Sebelum ini, KEADILAN Wangsa Maju juga bergiat aktif memberi sumbangan Covid-19 serta program penyahkuman di rumah-rumah ibadat dalam kawasan Wangsa Maju.

Meskipun Fasa 4 PPN membenarkan upacara sembahyang dan sambutan perayaan, Andre berharap penganjur dapat terus memberi penekanan terhadap SOP dalam majlis keramaian.

“Deepavali merupakan sambutan perayaan utama yang pertama selepas masuk Fasa 4 PPN.

“Oleh itu, saya berharap kelonggaran yang diberikan kepada pengamal keagamaan agar terus mengutamakan SOP dalam apa jua majlis yang diadakan,” jelas Andre lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniWANGSA MAJU, 15 Jan – Menjelang tibanya sambutan Tahun Baharu Cina dalam tempoh dua minggu lagi, masyarakat Cina setempat telah mula membuat...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniKUANTAN, 5 Jan – Kecewa dengan tindakan terlalu perlahan pihak berkuasa membaiki jalan rosak di sepanjang Jalan Beserah, dekat Kuantan, ahli dewan...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniMENTAKAB, 2 Jan – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bersama kepimpinan KEADILAN Cabang Wangsa Maju turun ke...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniPUTATAN, 30 Dis – Hari ini satu taklimat persediaan menghadapi luruan monsun telah diadakan dan dihadiri 35 wakil Skuad Bencana Alam Parlimen...

Copyright © 2021 Media Rania