Pendapat

‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Kita’ – Nurul Izzah

Kongsikan Artikel Ini

Pada tahun 1927, Zaa’ba menerbitkan artikel ‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu’ – yang menekankan tentang pentingnya penguasaan ilmu dan intelektual bagi membolehkan orang Melayu ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan bangsa-bangsa yang lain.’

Tahun ini, izinkan saya membuat penambahan kepada impian Pendeta Zaaba: semoga kita menemui ‘jalan keselamatan bagi orang-orang kita’ – orang-orang di Malaysia – dengan mengingatkan bahawa keringat tenaga rakyat kita bercampur aduk dengan rakyat asing yang juga tertekan di dalam sektor informal dan sewaktu covid melanda – supaya ‘orang dalam kelas atasan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kelas pertengahan dan bawahan.’

Kita semua disatukan menerusi sifat empati.


Terima kasih Prof. @drfatimah & pasukan yang tidak jemu-jemu melayan permintaan kami sedari 2019 untuk menyiasat serta mengukur kemiskinan golongan B40 (yang bersifat anjal; sekarang ditambah 580 ribu isi rumah lagi yang tergelincir) & menghasilkan ukuran indeks kemiskinan tersendiri (MPI) buat rakyat Permatang Pauh.

Laporan MPI Permatang Pauh merupakan kajian pertama di Malaysia yang mengira kadar penyisihan dalam bidang pembelajaran kanak-kanak di rumah di tengah-tengah serangan pandemik Covid-19.

Kesemua penemuan signifikan, termasuklah penyisihan yang tinggi dalam kerana ia menunjukkan bahawa keluarga miskin tidak mampu untuk membeli keperluan makanan yang mencukupi dan dalam erti kata yang lain, golongan kanak-kanak menghadapi kemiskinan nutrisi yang kritikal (extreme food poverty) yang diwakili oleh hampir 60 peratus KIR dalam sampel kajian.

Paras PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) yang diubah suai akibat pandemik COVID-19 (Adjusted COVID-19 Poverty Line/PGK COVID-19) mendapati ianya RM 2,151 dan ini adalah hampir 8 peratus lebih tinggi dari nilai PGK negeri (RM1,989) yang diumumkan pada tahun 2019.

Terima kasih juga buat DS @mustapa & setiap hadirin yang sudi hadir bagi melengkapkan pelancaran laporan kecil kami di universiti tersohor kita, Universiti Malaya.

Akan kami usahakan sejumlah inisiatif bagi mengusahakan keperluan bersama – 332 isi rumah yang sudi ditemuramah anak-anak jati; 14 responden kami.

Bagi mereka yang berminat memuat turun laporan tersebut (yang merentasi empat bulan lamanya; dan tiga tahun perancangannya!) – dan menyertai gerakan membasmi kemiskinan kerana – kemakmuran negara bermula dengan rakyatnya – hubungi kami di: pejabat@nurulizzah.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version