Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – Anwar Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ke Malaysia

Kongsikan Artikel Ini

PETALING JAYA, 21 Okt – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon di pejabat beliau di sini sebentar tadi.

Perbincangan kedua-dua pemimpin serantau itu berlangsung selama kira-kira sejam melibatkan pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosio budaya dan menangani pandemik Covid-19.

Dalam entri terbaharu di Facebook rasminya, Presiden KEADILAN itu memaklumkan, beliau dan Vanu Gopala menyentuh pelbagai isu mutakhir antara Malaysia-Singapura serta isu melibatkan kepentingan rantau ini dan juga ASEAN.

“Kami turut bersetuju bahawa kedua-dua negara ini saling bergantung antara satu sama lain. Justeru, hubungan Malaysia dan Singapura perlu terus diperkasa dan dieratkan serta berganding bahu dalam pelbagai lapangan,” ujarnya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan para pegawai kanan kedutaan republik itu.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania