Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Rusnah Ziarah Balu Anggota Bomba Yang Meninggal Dunia Semasa Operasi Menyelamat Mangsa Banjir

Kongsikan Artikel Ini

PAYA RUMPUT, 21 Okt – Ahli Parlimen KEADILAN Tangga Batu, Rusnah Aluai menziarahi Puan Noraida Binti Che Noh, balu kepada Allahyarham Mohd Diya Bin Che Jusoh iaitu anggota bomba yang lemas semasa operasi menyelamat mangsa banjir di sini, semalam.

Menurut Rusnah, beliau menerima berita tentang tragedi tersebut pada petang semalam dan terus merancang untuk menziarahi keluarga Allahyarham kerana keluarga Allahyarham tinggal dalam kawasan Parlimen Tangga Batu.


“Pada pandangan saya, Allahyarham Mohd Diya adalah seorang wira. Allahyarham pergi meninggalkan kita semasa beliau berkhidmat dan menyelamatkan nyawa orang lain. Ini adalah satu pengorbanan. Saya berharap Puan Noraida Binti Che Noh dan anak-anak tabah dalam menghadapi dugaan yang besar ini.” ujar Rusnah semasa ditemuramah wakil MEDIA RANIA.

Tambah Rusnah lagi, beliau berpesan kepada semua agar sama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga terutama anak-anak ketika musim tengkujuh dan banjir kilat berlaku.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu itu juga mengharapkan tidak ada perkara tidak diingini berlaku semasa musim berkenaan sekarang.

Rusnah turut meminta seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham Mohd Diya Bin Che Jusoh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

#TanggaBatuSejahtera

– MEDIA RANIA

Ikuti Rusnah Aluai di platform media sosial berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/rusnah.aluai.pkr/

Twitter

🐥: www.twitter.com/RusnahAluaiP136

Instagram

📷: www.instagram.com/rusnahaluai/

TikTok

🎼:
https://vt.tiktok.com/ZSJK5uy1

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania