Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Parti Kecil, Tiada Akar Umbi Seperti Bersatu Tak Wajar Letak Syarat Untuk Kerjasama – BN

Kongsikan Artikel Ini

Parti BERSATU tidak sepatutnya meletakkan pelbagai syarat jika ikhlas untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata parti yang kecil dan tiada akar umbi seperti Bersatu sepatutnya tidak memberi pelbagai syarat dan tuntutan kerusi untuk bekerjasama.

“Sebab jika mereka kata ingin bekerjasama tetapi ia datang dengan pelbagai syarat dan tuntutan itu dan ini.

“Selain paksa kita beri kerusi walaupun mereka nyata tiada sokongan dan akar umbi, ia bukanlah satu kerjasama yang seimbang mahupun bijak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Isham menambah, akan berlaku undi protes dalam kalangan pengundi BN sekiranya Bersatu diberi laluan bertanding di kerusi yang menjadi kubu kuat BN.

“Sebab itu kita tidak boleh tunduk kepada tuntutan mahupun ugutan-ugutan mereka ini,” katanya.

Justeru, Isham berpendapat, lebih baik BN bertanding melawan Bersatu daripada menerima impak teruk kerana memberi laluan kepada calon parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.

“Jika kita terpaksa lawan mereka tiga penjuru, kita lawan. Ini lebih baik dari kita serah kerusi dan belum apa-apa kalah sebelum melawan.

“Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita elakkan undi protes penyokong sendiri untuk meningkatkan kebarangkalian untuk kita menang dan tewaskan PH,” katanya.

Isham juga membidas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggunakan sentimen perpaduan ummah untuk kepentingan politik partinya.
“Malam tadi Muhyiddin kata mereka bersedia untuk pergi tiga penjuru melawan BN dan PH di Melaka.

“Muhyiddin kata, “Ummah ke, perpaduan ummah ke, itu perkara memang biasa kita alu-alukan, tetapi dalam pertimbangan politik dia tidak ada sebut perpaduan ummah pun, dia tengok perpaduan dan kepentingan parti masing-masing.”

“Kenyataan ini saya lihat menggambarkan mereka (Bersatu) seolah tidak kisah jika menjadi penyebab undi Melayu pecah dan akibatnya PH menang, asalkan mereka dapat kerusi untuk bertanding,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania