Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

PANAS – ‘Bersatu Sudah Mati’, Ketua Bahagian Arau Keluar Parti

Kongsikan Artikel Ini

ARAU, 21 Okt – Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan mengesahkan meletakkan semua jawatan disandang dalam parti termasuk Timbalan Ketua Badan Perhubungan Perlis dan keluar daripada Bersatu berkuatkuasa 15 Oktober lalu.

Beliau berkata surat peletakan jawatan sudah diserahkan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menerusi Setiausaha Agung Hamzah Zainudin awal pagi tadi.

“Ya, saya sudah serah (surat peletakan jawatan) kepada presiden melalui setiausaha agung awal pagi tadi. Dengan ini, saya juga ingin memaklumkan bahawa saya juga bukan lagi ahli Bersatu,” katanya.

Ameir berkata, beliau melepaskan jawatan itu kerana melihat perjuangan asal Bersatu yang diasaskan pada 2016 sudah hilang identiti dan lari daripada matlamat asal.

“Perjuangan asal Bersatu sudah hilang kerana kerakusan kuasa dan jawatan ketika dipimpin Muhyiddin,” katanya.

Dalam satu surat rasmi menggunakan logo Bersatu Bahagian Arau bertarikh 15 Okt, beliau dengan nombor ahli 089 meletak jawatan berkenaan serta-merta.

“Saya membuat keputusan ini kerana parti Bersatu yang saya asaskan di Perlis sejak September 2016, yang dibina dengan segala kudrat dan pengorbanan sudah hilang identitinya dan telah terbabas jauh daripada perjuangan asal.

“Parti ini sudah menjadi alat perakus kuasa tanpa menghiraukan kedaulatan rakyat yang membawa Bersatu ke ambang kejayaan,” menurut kandungan surat itu.

Beliau berkata, Bersatu sudah mati apabila berlakunya “Langkah Sheraton”

“Perjuangan untuk masa hadapan rakyat sudah tidak lagi wujud. Maruah dan integriti sudah menjadi laungan kosong.

“Suatu ‘fraud’ ke atas rakyat yang telah memberi kepercayaan dan menaruh harapan yang begitu tinggi kepada Bersatu,” katanya dalam surat itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania