Negeri

MB Negeri Sembilan Ingatkan Rakyat, Pelancong Terus Patuhi SOP

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 21 Okt – Rakyat di Negeri Sembilan serta pelancong dari luar diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan penularan COVID-19 seterusnya menurunkan kadar kebolehjangkitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pematuhan itu perlu susulan peningkatan kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di negeri ini kepada 1.04 dua hari lalu.

Beliau tidak menolak kemungkinan peningkatan kadar kebolehjangkitan itu berpunca daripada kehadiran orang ramai terutama di kawasan tumpuan pelancong selain aktiviti ziarah keluarga yang dibenarkan sejak 11 Oktober lalu.

Suasana ruang PPV di Hospital UCSI di Bandar Springhill, Port Dickson. – Foto: Facebook Page Menteri Besar Negeri Sembilan

“Walaupun kenduri kahwin belum nampak besar tetapi keluarga balik kampung itu nampak ramai dan Port Dickson penuh, mungkin itu menjadi kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dengan apa yang berlaku di Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, semalam.

Tiga hari lalu, Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.04 diikuti Putrajaya (1.02), Kuala Lumpur (1.01), Selangor (0.97), Melaka (0.96), Perlis (0.94), Kelantan (0.92), Sabah (0.90) dan Johor (0.88).

Seterusnya, Terengganu, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak merekodkan R-naught di bawah purata kebangsaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 20 Jan – Pengupayaan dan kemahiran dalam bidang tertentu seiring dengan tuntutan semasa memberi harapan baharu buat golongan B40, menerusi pendidikan....

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 19 Jan – Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang membenarkan susunan saf ketika solat berjemaah dirapatkan bagi masjid dan surau di negeri...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniJOHOR BAHRU, 19 Jan – Siasatan kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dengan seorang wanita yang...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPenganalisis melihat gesaan pemimpin Umno agar pilihan raya di Johor diadakan secepat mungkin bukanlah disebabkan parti politik itu semakin kukuh berdasarkan kemenangan...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version