Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Nurul Izzah Serah Sumbangan Makanan Buat Petugas PPV SP Arena

Kongsikan Artikel Ini

PERMATANG PAUH, 20 Okt – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen dan KEADILAN Permatang Pauh menyampaikan sumbangan makanan tengah hari buat petugas barisan hadapan di PPV SP Arena yang selama ini telah bertungkus-lumus membantu rakyat Pulau Pinang terutama daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam proses vaksinasi.

Perkongsian tersebut dipaparkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam hantaran di Facebook beliau baru-baru ini.

“Ribuan terima kasih diucapkan buat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daerah SPT, Kementerian Belia Sukan (Sukarelawan), RELA, Angkatan Pertahanan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah SPT, PDRM, pengurusan SP Arena, Kerajaan Negeri dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses vaksinasi dan menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk Pulau Pinang.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat sukarelawan dari Cabang, Wanita, AMK, MPKK dan Ranting KEADILAN Permatang Pauh. Andalah wira sebenar dalam perjuangan menentang COVID-19 ini,” jelasnya lagi.

Menurut Nurul, proses vaksinasi kini telah sampai ke peringkat penghujung dan beberapa PPV telah dan bakal ditutup dalam masa terdekat.

Setelah negara mencapai kadar vaksinasi melebihi 90%, hanya beberapa PPV akan terus beroperasi sebagai penyambung misi sehingga hujung Oktober 2021.

Beliau mengingatkan diri sendiri dan rakyat agar terus menjaga SOP semoga wabak Covid-19 dapat terus dibendung di segenap pelusuk tanah air.

#DemiPermatangPauh

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSONG, 1 Dis – Penduduk Kampung Gelam di sini memohon agar kerajaan membantu mereka dalam urusan berkaitan tanah penempatan baharu yang sudah...

Copyright © 2021 Media Rania