Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Banjir Kilat – 3 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Melaka

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 20 Okt – Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini dibuka selepas penempatan penduduk dinaiki air susulan hujan berterusan hingga malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel PA Cuthbert John Martin Quadra berkata, tiga PPS yang dibuka adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bemban, Jasin; SMK Tun Mutahir, Melaka Tengah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal, Alor Gajah.

“Bagaimanapun jumlah keseluruhan mangsa yang terjejas masih belum dikenal pasti kerana mereka kini dalam proses pendaftaran di PPS.

“Kesemua kawasan yang terjejas membabitkan 36 kawasan iaitu sembilan di daerah Alor Gajah dan tujuh di Jasin, manakala Melaka Tengah merekodkan kawasan paling banyak terjejas dengan 20 lokasi,” katanya.


Beliau berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Dalong, Kampung Ganun, Parit Melana dan Ramuan Cina Besar di Alor Gajah.

“Manakala di Jasin pula membabitkan kawasan Pekan Merlimau, Jasin Bestari, Tehel dan Asam Kumbang.

“Di Melaka Tengah pula, kawasan terjejas adalah di Sungai Putat, Bukit Beruang, Taman Rambai Jaya, Kampung Bukit Duyong, Kampung Perigi Hang Tuah dan Kampung Morten serta Pengkalan Rama,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Copyright © 2021 Media Rania