Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Solskjaer Lebih ‘Power’ Daripada Klopp?

Kongsikan Artikel Ini

MANCHESTER, 19 Okt – Ole Gunnar Solskjaer memiliki rekod kemenangan lebih baik di Manchester United berbanding Jurgen Klopp di Liverpool dengan jumlah perlawanan yang sama.

Namun, 85 peratus penyokong masih berpendapat yang pengendali dari Norway itu sepatutnya dipecat.

Solskjaer berdepan tekanan di Old Trafford selepas hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir.

Rekodnya lebih baik berbanding Klopp apabila meraih kemenangan dalam 89 perlawanan daripada 162 yang dikendalikannya.

Ia satu kemenangan lebih banyak berbanding Klopp selepas 162 perlawanan dengan pengurus dari Jerman itu seri dalam 44 perlawanan dan tewas 30 aksi berdasarkan jumlah perlawanan yang sama.

Solskjaer pula mencatat seri dalam 36 perlawanan namun tewas dalam 37 perlawanan di bawah kendaliannya.

Meskipun rekod Solskjaer dilihat lebih baik berbanding Klopp namun 85 peratus pembaca SunSport mengakui sudah tibanya untuk legenda United itu meninggalkan pasukan terbabit.

Mereka ditanya ‘Adakah United perlu memecat Ole sekarang?’ dan 85 peratus menjawab ‘ya’ sementara 10 peratus pula memilih ‘tidak, dia perlu diberi lebih masa’ dan lima peratus berbelah bahagi. – AGENSI

Rekod kemenangan pengurus di PL:

Jurgen Klopp

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 54.4 peratus
Menang: 88
Seri: 44
Kalah: 30
Jaringan: 331

Ole Gunnar Solskjaer

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 54.9 peratus
Menang: 89
Seri: 36
Kalah: 37
Jaringan: 299

Pep Guardiola

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 71.6 peratus
Menang: 116
Seri: 24
Kalah: 22
Jaringan: 407

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 21 Jan – Jurgen Klopp memuji aksi hebat Diogo Jota selepas penyerang Portugal itu membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Liga...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLEICESTER, 20 Jan – Antonio Conte berkata dia melihat semangat yang cuba diterapkannya di Tottenham selepas Steven Bergwijn meledak dua kali dalam...

Sukan

Kongsikan Artikel IniBRIGHTON, 19 Jan – Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa kemerosotan prestasi skuadnya yang sekadar seri 1-1 di Brighton adalah disebabkan faktor kelesuan....

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 18 Jan – Liverpool tidak akan berputus asa untuk terus mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (PL) ketika ini, Manchester City selepas...

Copyright © 2021 Media Rania