Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Terkini

Aliran Trafik Meningkat Menuju Kuala Lumpur

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Pemantauan oleh Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) sehingga malam ini mendapati, berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama khususnya di bahagian Timur menghala Kuala Lumpur.

Namun, keadaan aliran trafik masih lagi lancar dan terkawal di laluan utama lebuh raya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pusat Pengurusan Trafik LLM, tinjauan LLM mendapati peningkatan jumlah trafik yang ketara adalah di Lebuhraya KL-Karak.

“Ia dapat dilihat di Plaza Tol Gombak menghala ke pusat bandar dengan keadaan trafik mulai perlahan sepanjang sembilan kilometer menuju ke Plaza Tol Gombak.

“Pertambahan trafik berikutan orang ramai bergerak dari Genting Highlands dan Pantai Timur menuju pulang ke destinasi masing-masing di ibu kota,” katanya menerusi kenyataan tadi.

Katanya, berdasarkan trend semasa aliran trafik itu, pihak LLM menjangkakan peningkatan aliran trafik berterusan sehingga lewat malam.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk pandu dengan cermat dan awasi jarak kenderaan.

“Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai situasi trafik di lebuh raya, pengguna boleh menghubungi hotline LLM di talian 1800-88-7752 atau mengikuti perkembangan trafik dari semasa ke semasa di Twitter kami di LLM-INFO-TRAFIK dan juga Facebook LLM,” katanya.

Difahamkan, aliran trafik yang meningkat dipercayai kepulangan warga kota selepas menziarahi keluarga di kampung halaman dengan menyambung cuti hujung minggu hingga cuti umum hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania