Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Adil Dan Saksama

Kongsikan Artikel Ini

Negara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah
Tanah air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah,
Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,
Jangan ada membeza, dalam keadilan dan layanan, hingga berat sebelah

Tidak wajar peraturan dibezakan kuatkuasa
Satu untuk rakyat , tetapi lain pula untuk orang angkasa.
Undang-undang tidak ada ruang untuk ditafsir ikut citarasa
Didenda, disukarkan, untuk ramai, walhal yang khas dan terpilih..wah, layanan luar biasa !

Mengapa antara rakyat, hendak juga dibeza, dikelompokkan
Yang itu dapat layanan istimewa , yang ini didenda, ditekan?
Tidakkah layanan mesti sama rata, adil saksama, tidak dibezakan,
Berasaskan siapa, dari mana asal usul, kumpulan bawah atau atasan?

Jika layanan tidak adil, tidak sama rata, antara rakyat
Maka tadbir urus dan pelaksanaan peraturan pasti cacat,
Kerana pertimbangan berasaskan siapa lemah, siapa pula yang kuat,
Akhirnya yang menentukan, ialah, apa yang tersirat, bukan yang tersurat.

Negara bertuah Malaysia akan melindungi semua kita,
Jika pentadbiran adil, tiada yang dikecuali, ditinggalkan, atas alasan apa juga.
Tidak kira keturunan, darjat dan status, waima ugama,
Kerana setiap kita ada kepentingan, ada kewajipan, sebagai warganegara…

Undang-undang jangan dinodai oleh pilih kasih, serta diskriminasi
Jangan dihakis, kekesanan, wibawa dan Integriti demokrasi,
Janganlah yang lemah, kurang upaya, kurang mampu, disisih, serta kurang diperhati
Walhal yang berstatus, walau imej tercemar, dilayan istimewa, dalam serba serbi.

Kita hendak menghala ke tahap sebuah negara berwibawa, teguh dan maju
Di mana tidak ada tempat untuk sikap feudal, pemisahan antara kumpulan ” kami” dan puak “kamu”
Malaysia, tidak lagi larat, tidak lagi terdaya dan tidak mampu
Melihat antara warganya mengasing diri antara Melayu dan bukan Melayu .

Jangan ditumpu semata-mata kepada apa jua perbezaan, dan kelainan, dan apa tidak sama.
Menegakkan keadilan mesti urusan luhur, tanpa dititikberat siapa dia, dan apa nama
Manusia datang manusia pergi, itu hakikat hidup di dunia
Tetapi, Malaysia, dengan Imej yang kita bina bersama, akan kekal selama-lamanya.

Rafidah Aziz

 

Adil dan saksama – itu nukilan terbaru bekas menteri kanan, Rafidah Aziz yang mengingatkan pihak berkuasa agar melaksanakan undang-undang secara adil tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Dalam nukilan berbentuk puisi itu, bekas ketua wanita Umno ini menegaskan tidak wajar peraturan dibeza-bezakan antara rakyat biasa dengan golongan ‘angkasa’.

Kata bekas menteri wanita yang pernah diberi julukan ‘iron lady’ ini, apabila rakyat berbuat kesalahan mereka didenda dan ditekan, sedangkan mereka yang ‘khas dan terpilih’ diberikan layanan luar biasa.

Rafidah juga mengingatkan pihak berkuasa agar tidak berlaku pilih kasih dalam penguatkuasaan undang-undang sehingga mereka yang lemah dan tidak berupaya disisihkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel InimoreOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania