Pendapat

Adakah SPRM Gagal Siasat Kertas Pandora?

Kongsikan Artikel Ini

Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan tetapi hanya akan bekerjasama dengan Bank Negara dan agensi penyiasatan lain untuk menyiasat pendedahan yang dibuat dalam Kertas Pandora adalah mengecewakan dan mengingatkan kita terhadap kegagalan SPRM untuk bertindak atas kontroversi yang melibatkan pemimpin-pemimpin prokerajaan.

Kertas Pandora mungkin merupakan pendedahan sebahagian kecil berkenaan aliran keluar wang haram ke akaun luar pesisir yang melibatkan berbilion-bilion ringgit dan SPRM perlu menjalankan tugas dan peranan mereka untuk bertindak secara adil, bebas dan profesional secara telus.

Daripada bertindak mengekang amalan pendanaan luar pesisir, kerajaan dan SPRM kelihatan tidak mengambil tindakan ketika personaliti prokerajaan terlibat.

Ini adalah kes ke-15 yang melibatkan pemimpin prokerajaan termasuk diri mereka sendiri yang SPRM gagal bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Antara kejadian yang jelas melibatkan 14 kes penyalahgunaan kuasa lain di mana SPRM gagal bertindak ialah mantan perdana menteri Muhyiddin Yassin dirakam secara audio, menawarkan jawatan dan kedudukan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai pertukaran sokongan politik.

Ahli Parlimen Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa dia menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Petronas kerana ia melanggar berperlembagaan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Tenaga Nasional Bhd; Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, yang melompat daripada PKR untuk menyokong Muhyiddin, mengakui bahawa Muhyiddin menjanjikannya kedudukan rasmi yang akan memberikan dia platform untuk membangun semula ekonomi negara.

Apakah ini bukan satu bentuk sogokan untuk Steven Choong melompat?

Kemampuan meragukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun untuk menyelesaikan tuntutan kemuflisan bagi hutang berjumlah RM1.3 juta, ketika dia hanya mengisytiharkan aset sebanyak RM72,000 pada 20 November 2019 dengan pendapatan bulanan RM34,000.

Dia enggan menjelaskan sumber kekayaannya.

Kes lompat parti beramai-ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah tahun lalu, yang didalangi oleh Tan Sri Musa Aman.

‘Beri tanah kepada kawan, keluarga’

Percubaan untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang di Sabah ini akhirnya menyebabkan pembubaran DUN Sabah dan pilihan raya umum negeri, yang mengakibatkan gelombang kedua lonjakan jangkitan Covid-19 di seluruh negara. Musa Aman kemudiannya dilantik sebagai ketua menteri Sabah.

Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal mendedahkan bahawa pemimpin Kerajaan Sabah sebelum ini telah memberikan 700,000 ekar tanah hutan simpan di bawah Yayasan Sabah atau Sabah Foundation kepada “kawan dan keluarga”.

Timbalan menteri pertahanan sebelum ini, Ikmal Hisham Abdul Aziz menulis surat sokongan agar anaknya sendiri dilantik menjadi Lembaga Pengarah Pharmaniaga, sebuah syarikat di bawah pengawasan dan kuasa Kementerian Pertahanan.

Mantan menteri pertahanan Ismail Sabri telah bersetuju dengan cadangan Timbalannya.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa sebelum ini, menulis surat sokongan yang menyokong tawaran kontraktor untuk mendapatkan projek lebuh raya besar di Kelantan melalui rundingan langsung.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjanji untuk memanfaatkan jawatan kerajaannya bagi mengeluarkan surat sokongan sebagai pertukaran undi dalam pemilihan Pemuda Bersatu.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen meminta SPRM bertindak setelah mendedahkan bekas Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai memberikan kontrak bernilai RM149.5 juta dengan pemberian terus kepada syarikat yang sebahagiannya dimiliki (25 peratus) oleh Wee Jeck Seng yang sekarang adalah seorang Timbalan Menteri.

Pendedahan oleh bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador mengenai kartel pegawai polis yang korup, termasuk seorang bekas IGP, yang menerima wang daripada sindiket jenayah.

SPRM salah kerana enggan bertindak dengan alasan ia adalah masalah dalaman polis. Rasuah tidak boleh diselesaikan secara dalaman tetapi diputuskan secara terbuka di mahkamah.

Pemberian kontrak Kerajaan Persekutuan kepada pemegang jawatan dalam parti Bersatu dalam mesyuarat politik Bersatu.

Siasatan SPRM terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar menjadi senyap setelah Xavier melompat dan menyokong Muhyiddin, yang menurut bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak melibatkan RM78.2 juta.

Lima ahli parlimen PKR yang telah menolak sogokan atau ugutan supaya melompat dan menyokong Muhyiddin iaitu Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari, M Karupaiya (Padang Serai), S Kesavan (Sg Siput), Michael Teo Yu Leong (Miri) dan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail.

Tidak ada tindakan terhadap pihak yang cuba menarik lima ahli parlimen PKR itu melompat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki enggan mengambil cuti rehat untuk memastikan bahawa tidak ada campur tangan dalam siasatan SPRM yang diam-diam itu berikutan penangkapan tiga pegawai kanan SPRM kerana penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berhubung kehilangan AS$6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Hasanah Abdul Hamid.

SPRM perlu berterus terang dan menjelaskan mengapa masih belum ada tindakan ke atas 14 kes ini?

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International menurun daripada 51 pada 2019 ke 57 pada tahun 2020.

Kegagalan menjalankan tugas mereka secara profesional dan bertanggungjawab, hanya akan menyebabkan kedudukan CPI Malaysia merosot lebih teruk tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version