Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Inisiatif KEADILAN Wilayah Persekutuan Bantu Dapatkan Kebajikan Penduduk Taman Ikan Emas Dapat Pujian

Kongsikan Artikel Ini

CHERAS, 18 Okt – Menjelang sehari sebelum memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), KEADILAN Wilayah Persekutuan meneruskan kerja-kerja kebajikan melalui pendaftaran Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mendapat pujian daripada masyarakat setempat.

Aktivis KEADILAN Wilayah Persekutuan, Steven Chung mengadakan kunjungan ke Pasar Ikan Emas dan menjalankan program pendaftaran skim kebajikan khususnya untuk warga emas.

Beliau berkata program ini mendapat sambutan yang luar biasa dengan jumlah pendaftaran melebihi 120 borang pada hari Ahad.

Steven dalam kenyataan mengatakan, beliau bergegas menjalankan program pendaftaran ini sejurus negara masuk ke Fasa 3 PPN.

“Saya memahami kesulitan yang disebabkan oleh PKP dan darurat, seperti mereka pegawai terpaksa bekerja dari rumah dan tidak dapat memberi kelulusan. Oleh itu, saya berada di sini untuk menolong mereka untuk mengisi borang dan hantar ke pihak berkuasa supaya dapat diproses segera,” jelas beliau.


Dalam program ini, Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Sdr Andre Lai telah menghulurkan bantuan tenaga untuk membantu proses pendaftaran.

Puan Lydia, wakil Pasar Ikan Emas amat menghargai inisiatif yang dilakukan KEADILAN Wilayah Persekutuan setelah pihak penjaja pasar sebelum ini mendapat bantuan sumbangan dan program sanitasi dari juga KEADILAN.

Menurut Lydia, ramai daripada penjaja dan pelanggan terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

“Penduduk di kawasan berdekatan kebanyakannya warga emas dan golongan miskin. Sekiranya boleh mendapat bantuan kewangan bulanan daripada jabatan kebajikan, ia adalah sesuatu yang amat baik untuk kesinambungan hidup mereka,” ujarnya lagi.

Andre Lai menyambut baik kerjasama daripada pihak penjaja Pasar Ikan Emas. Kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak merangkumi jaringan banyak projek perumahan awam serta kos rendah dan mempunyai komposisi masyarakat Cina yang ramai.

“Mitos masyarakat Cina kaya-raya adalah laungan daripada mereka yang mengamalkan permainan politik sempit. Di Bandar Tun Razak misalnya, dalam PPR Sri Pulau Pinang dan Sri Johor mempunyai golongan B40 daripada masyarakat Cina yang ramai.

“Saya mengalu-alukan pendekatan proaktif aktivis KEADILAN seperti Steven untuk menjalankan program pendaftaran ini. Ia tidak mudah, tetapi sekiranya berjaya, ia mampu menolong mendapatkan bantuan kewangan kepada mereka yang layak untuk jangka masa yang panjang. Lebih baik daripada bantuan secara ‘one-off’,” kata beliau.

Steven antara aktivis sukarelewan KEADILAN yang secara tidak rasmi pernah mewakili Andre dalam banyak program kemasyarakatan di Lembah Klang.

Sebelum ini, mereka pernah menjalankan aktiviti bantuan Covid-19, kem kesihatan, sumbangan kerusi roda, lawatan ke rumah kebajikan dan banyak lagi.

PPN Fasa 4 yang bermula di Lembah Klang hari ini dijangka akan memberi lebih banyak ruang untuk program kemasyarakatan yang fokus kepada golongan tercicir dengan pendekatan secara bersasar.

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel InimoreMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania