Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

PAS Parti Sengal, Tak Guna Ada Dalam #Kerajaan69…

Kongsikan Artikel Ini

Kadangkala kesian pun ada dengan Pas ini, langsung tak faham dengan isu sebenar yang sedang berlaku

Orang berada dalam kerajaan, dia pun nak juga duduk sama dalam kerajaan, tapi langsung tak faham, malah sengal dalam memberi hujah.

Masa jadi pembangkang dulu bukan main lagi, sana haram sini haram, itu nak dihapuskan ini nak dihapuskan, dapat saja jawatan serta gaji lumayan, semua macam sudah lupa dengan Tuhan.

Dalam isu arak jenama Timah keluaran Malaysia yang menjadi kritikan ramai sekarang ini, isunya bukanlah sama ada arak itu dikeluarkan oleh kerajaan atau sebaliknya.

Mengatakan kerajaan tidak boleh dipersalahkan dalam isu arak jenama Timah itu semata-mata kerana ia bukan dikeluarkan oleh kerajaan tidak lebih menggambarkan “kejahilan” pemimpin Pas sendiri di mata rakyat.

Siapa pula kata kerajaan yang mengeluarkannya?

Dan sejak bila pula, baik zaman BN atau PH, kerajaan pernah mengeluarkan araknya sendiri?

Habis tu…yang Pas selama ini sewaktu jadi pembangkang melalak di pentas-pentas ceramah minta kerajaan haramkan kilang arak, adakah kerajaan yang mengusahakan kilang arak ketika itu?

Yang dipersoalkan ramai ialah Pas sekarang merupakan sebahagian daripada kerajaan dan jika dulu menjerit di sana sini minta kerajaan haramkan arak, kenapa sekarang hanya diam bila Malaysia boleh keluarkan arak dengan jenamanya sendiri?

Bukankah lesen arak dikeluarkan oleh kerajaan?

Apa Pas buat dalam kerajaan?

Kenapa tidak dibantah dan paksa kerajaan jangan keluarkan lesennya?

Atau jika lesennya dikeluarkan kerajaan sebelum ini, mengapa Pas tidak menjerit minta ia dibatalkan?

Untuk apa sebenarnya Malaysia mengeluarkan arak jenamanya sendiri, sedangkan yang diimport daripada luar negara sudah berlambak-lambak dalam pasaran?

Inikah imej kerajaan Melayu/Islam yang mana Pas merupakan sebahagian daripada kerajaan?

Apa guna kalau sekadar pemimpin ikan bilis yang tiada jawatan dalam kerajaan saja yang berani keluarkan kenyataan?

Di mana pemimpin utama Pas dalam isu besar seperti ini?

Selain itu, turut dipertikaikan ialah jenama Timah yang digunakan yang bunyinya mirip nama seorang wanita Melayu.

Kenapa mesti diberi nama Timah?

Kenapa tidak diberi nama-nama lain yang berciri bukan Melayu?

Kalau pun benar seperti kata pengeluarnya nama Timah itu sempena nama bijih timah, apa kaitannya dengan bijih timah dengan arak?

Mengapa tidak dinamakan sempena minyak, kelapa sawit atau sebagainya?

Dalam semua persoalan berkaitan nama Timah itu, perkara lebih besar ialah kenapa Pas tidak membantah sama sekali penggunaan nama itu?

Mengapa Pas hanya diam dan tiba-tiba mengatakan jangan dikaitkan dengan kerajaan kerana ia bukan diusahakan oleh kerajaan?

Jika begitu, apa guna Pas berada dalam kerajaan – goyang telur dan makan gaji buta?

Di mana letaknya perjuangan mahu mengharamkan arak sepertimana dilaung-laungkan sebelum jika nama Timah yang digunakan untuk jenama arak pun tidak mampu bersuara apa-apa?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel InimoreOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania