Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

TIMAH: Jika Ini Berlaku Masa PH, Nescaya Tunggang Terbaliklah Dunia

Kongsikan Artikel Ini

AMANAH yakin, jika lah jenama arak baharu yang diperkenalkan bernama “Timah” sekarang ini berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu, nescaya tunggang terbaliklah dunia.

Tetapi, kata Pengarah Komunikais AMANAH, Khalid Samad, ia berlaku ketika kerajaan Melayu Islam memerintah, maka tidak ada apa-apa berlaku dan boleh dibanggakan oleh penyokong mereka.

“Orang dok perli, ada air baru atas jenama Melayu, Timah.

“Ini bukan biji timah tetapi air arak yang jenamanya Timah.

“Ini kerajaan Melayu Islam jadi bolehlah ia dibanggakan.

“Saya tak tahulah jika mereka rasa bangga dengannya tetapi pada zaman kerajaan Melayu Islam ini keluar air bernama Timah.

“Jikalah perkara ini berlaku semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu, habislah, tunggang terbaliklah dunia,” kata Khalid.

Khalid berkata demikian dalam siri wawancara bersama beliau menerusi Jom Channel, satu stesen TV internet bertajuk pilihan raya negeri Melaka dan Sarawak malam tadi.

Khalid mengulas jenama arak baharu yang diperkenalkan di negara ini iaitu sejenis wiski bernama “Timah”.

Jenama ini kini mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Bagi Khalid, orang Melayu masih berpolitik berdasarkan sentimen bukan siapa yang boleh memberikan khiamat ya\ng terbaik.

Sebab itu, katanya, walaupun negeri yang diperintah oleh Pas di Kelantan dan Terengganu terus berhadap dengan masalah khasnya air, namun oleh kerana sentimennya Pas adalah parti Islam, mereka sedia menerimanya.

Begitu juga perkara anti Islam yang berlaku di negara ini termasuk Oktober Fest, judi yang terus meningkat dan sebagainya.

Sehubungan kitu, beliau sangat berharap orang Melayu bijak sedikit berpolitik, dengan tidak terpengaruh dengan mainan politik berdasarkan sentimen.

“Orang dok main sentimen, emosi nak panaskan suasana, tetapi akhirnya tidak ada hasil apa-apa, tiada pengisian, tiada substance, apa yang dikehendaki kita pun tak tahu,” kata Khalid.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania