Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

TERKINI – SPRM Akan Kerjasama Dengan Anwar Siasat Pendedahan Pandora Papers

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat lanjut berkaitan pendedahan Pandora Papers.

Dalam satu kenyataan, badan pencegah rasuah itu akan turut bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi siasatan lain menyiasat isu pendedahan berkenaan.

“SPRM akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia serta agensi siasatan lain bagi menyiasat isu pendedahan Pandora Papers seperti yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dengan mengemukakan notis usul kepada Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.

“Sehubungan itu, SPRM juga meminta Datuk Seri Anwar untuk memberi kerjasama dengan Suruhanjaya ini sekiranya beliau mempunyai maklumat lanjut tentang isu tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan Kerajaan terbuka dan tidak akan mencampuri dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkenaan kandungan dan pendedahan Pandora Papers baru-baru ini.

Perdana Menteri memberi jaminan kerajaan terbuka untuk mana-mana pihak berkuasa yang terlibat untuk melakukan siasatan sekiranya ada bukti terhadap apa yang dilaporkan oleh pihak berkenaan.

Baru-baru ini terdapat laporan pendedahan yang dijalankan pihak International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir, sepanjang 25 tahun lalu.

Antara individu yang dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Agama

Kongsikan Artikel InimoreSEREMBAN, 1 Dis – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Mahkamah Syariah negeri merekodkan 1,064 kes perceraian bagi pasangan...

Tempatan

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Pengembara yang menyertai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura sama ada menggunakan jalan darat atau udara...

Copyright © 2021 Media Rania