Nasional

TERKINI – Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kongsikan Artikel Ini

Kenyataan Media
16 Oktober 2021

Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia.

Perdana Menteri juga bersetuju memberi kemudahan untuk sebuah pejabat bagi Ketua Pembangkang dan beberapa kemudahan lain. Ini termasuk staf bagi membantu urusan kerja dan pejabat.

Namun, saya tidak bersetuju dengan butiran-butiran di bawah sepertimana disebut dalam surat tawaran kepada saya yang diutus Perdana Menteri. Butiran-butiran ini adalah sebahagian dari kemudahan penuh kepada seorang menteri.

Butiran-butirannya adalah seperti berikut:

1. RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
2. RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
3. RM4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
4. RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
5. RM 3,000.00 sebulan untuk elaun pakaian panas
6. RM1500.00 sebulan untuk elaun pakaian upacara rasmi
7. RM 1500.00 sebulan untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’
8. Sebuah kereta rasmi dan sebuah kenderaan peribadi

Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali.

Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin.

Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan.

Ingin ditegaskan bahawa pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang ini tidak bermaksud kita akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala.

Aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi.

ANWAR IBRAHIM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membangkitkan isu kenaikan harga barangan yang didakwa semakin ‘menggila’ di Dewan Rakyat, sebentar...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version