Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Pandora Papers: Speaker Jangan Cuba Jadi Peguambela

Kongsikan Artikel Ini

Isu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi juga segala kekayaan, termasuk wang tunai, hartanah dan sebagainya yang mengelak dari cukai negara-negara asal mereka.

“Malah ‘tax haven’ ini menawarkan cukai yang amat rendah atau pun ‘zero tax’ bagi menarik mereka yang super duper kaya raya serta tempat yang selamat bagi menyimpan kekayaan mereka.

” Ia juga mempunyai ‘secrecy law’ yang boleh memblok informasi simpanan dari pihak berkuasa. Secara umumnya ‘tax haven’ merujuk kepada negara atau pihak berkuasa yang membolehkan ‘multinational corporations’ dan individu- individu untuk mengelak lari dari undang- undang di negara mereka beroperasi dan tinggal sebagai warganegara dengan membayar cukai yang rendah jika dibandingkan di negara mereka atau tiada cukai langsung.

“Secara legalnya, ‘tax haven’ ini sah, tetapi jelas amat tidal bermoral dan melanggar undang-undang serta amat cenderung disalagunakan untuk aktiviti tertentu dan sekiranya pemimpin sesebuah negara terlibat, sudah pasti ianya boleh mengheret negara terbabit,” ujar Pengarah Komunikasi AMANAH Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria ketika dihubungi.

Sehubungan itu tambah beliau, Speaker tidak wajar menolak usul perbincangan Pandora Papers berdasarkan pengetahuannya.

Yang lebih penting katanya, siapa sahaja yang terlibat perlu disiasat apakah mereka melanggar undang-undang cukai negara atau pun sebaliknya.

Tambah beliau lagi, sekiranya mereka yang menyimpan ini mempumyai kesedaran maupun kewajipan untuk menjelaskan kepada pihak berkuasa, sudah pasti pada peringkat awal lagi mereka tidak akan memilih tindakan secara ‘off shore tax haven’.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 2 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan bahawa golongan berusia 18...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 2 Dis – Rosmah Mansor diperintahkan untuk hadir ke Mahkamah Rayuan pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuannya untuk menggugurkan Gopal...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Jenayah

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 29 Nov – Seramai 1,497 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan sejak 2017 hingga Jun tahun ini, atas pelbagai alasan....

Copyright © 2021 Media Rania