Nasional

KPM Wajib Segera Siasat Pendedahan Video Seks Muncul Ketika Peperiksaan Maya

Kongsikan Artikel Ini

Kementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di skrin ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan melalui platform Google Meet.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata kementerian perlu memandang serius perkara berkenaan dan menangani masalah itu secara profesional tanpa berselindung. (without sweeping it under the carpet)

“Saya meminta Menteri Pendidikan untuk menyiasat perkara tersebut, sentiasa berkomunikasi mengenai perkembangan penyiasatan dengan orang ramai terutama dengan ibu bapa yang terlibat dan mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa kelas dalam talian tetap menjadi platform yang selamat untuk pelajar,” katanya dalam satu kenyataan.

Teo yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan menegaskan insiden memalukan seperti itu seharusnya tidak berlaku selepas hampir dua tahun sistem pendidikan negara menggunakan kaedah pembelajaran secara maya.

“Secara fakta, setiap kandungan yang dikongsi mesti disaring dengan teliti agar fikiran pelajar tidak dipengaruhi dan tidak terganggu.

“Potensi untuk kejadian seumpama itu untuk berlaku lagi sangat tinggi. Berkongsi video seks eksplisit dengan kanak-kanak juga melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan kita tidak boleh memandang rendah betapa serius masalah ini,” katanya.

Semalam, dua ibu bapa yang tidak mahu dikenali memberitahu media, kejadian itu berlaku ketika pelajar sedang mengambil kehadiran sebelum peperiksaan reka bentuk dan teknologi (RBT) diadakan melalui platform sidang video Google Meet.

Mereka berkata, guru terbabit segera mengarahkan pelajar untuk meninggalkan kelas maya, dengan peperiksaan kemudiannya dijalankan menggunakan borang dalam talian.

Guru subjek itu dipercayai tidak mengetahui individu yang berkongsi video berkenaan dalam kumpulan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version