Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

KerajaanGagal 2.0: Tan Sri Md Nor Yusof Tinggalkan TH

Kongsikan Artikel Ini

1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang beliau dan kejayaan yang dicapainya menerajui GLC besar seperti MAS dll sebelumnya melayakkan beliau menerajui TH. Sebelum Tan Sri Md Nor, Pengerusi TH adalah lantikan dari kedudukan politik.

2. Pengenalan ringkas saya dengan Tan Sri disatukan dengan misi menyelamatkan TH bersama CEO DS Zukree dan pasukan eksekutifnya. Secara peribadi Tan Sri seorang yang amat cermat dan kalkulatif dalam setiap tindakan malah memilih perkataan yang tersusun dengan nada suaranya yang tenang, lembut tetapi tegas.

3. Hubungan saya dengan Tan Sri terbina secara profesional supaya saya dapat membentuk budaya baru hubungan Menteri dan TH di mana sebelumnya Pengerusi TH dipegang oleh orang politik dan keputusan dibuat atas orientasi politik. Walaupun secara akta Menteri bertanggungjawab penuh tetapi saya memberikan ruang selesa kepada kepakaran beliau untuk mengemudi Lembaga Pengarah TH.

4. Sebagai tindakbalas kepada sikap saya, Tan Sri Md Nor senantiasa memberikan kerjasama kemaskinikan maklumat khususnya semasa proses pemulihan TH sedang berjalan. Hampir dua minggu sekali Tan Sri dan CEO akan ke pejabat saya untuk berbincang tentang proses pemulihan supaya ianya berjalan lancar.

5. Saya seorang yang bukan berlatarbelakangkan kewangan tetapi Tan Sri bersabar dengan soalan-soalan saya dalam menjelaskan keadaan kewangan dan proses pemulihan yang sedang berjalan. Ini penting buat saya untuk membentang Kertas Jamaah Menteri pada mesyuarat kabinet supaya meyakinkan kabinet khususnya keperluan peruntukan besar sebanyak RM 27.5 B dan perjanjian antara TH dan UJSB di bawah jaminan kerajaan. Saya cuba menghadam proses pemulihan dan beruntung punya ‘coach’ seperti Tan Sri, DS Zukree dan Sdr Hazmudin.

6. Pengalaman manis ialah perjalanan bersama Tan Sri Md Nor ke Makkah dan Riyadh menghadiri mesyuarat dengan Menteri Haji dan Menteri Pentadbiran Islam. Secara kebetulan, selesai misi Tan Sri menyambut hari lahirnya dan kami meraikan beliau di rumah TH Jeddah. Saya mendokan kesejahteraan beliau dalam majlis ringkas yang diadakan.

7. Saya naik saksi sikap profesional beliau dan fokus beliau untuk menjayakan misi pemulihan TH. Alhamdulillah segala pencapaian imbangan aset dan tanggungan serta memastikan piawaian kewangan yang bersih dan kelestarian TH ke hadapan adalah antara sentuhan Tan Sri Md Nor dan CEO DS Zukree disambung oleh Datuk Nik Hasyiudeen dan pasukan hebat mereka.

8. Tugas saya memastikan keseimbangan antara peranan kabinet dalam memberi sokongan sepenuhnya dan mengekalkan profesionalism TH mengikut Akta TH 1995. Sinergi ini menjadikan TH dan usaha pemulihan berjalan lancar di celah fitnah dasyat yang dilemparkan kepada saya dan PH termasuk dari PM hari ini.

9. Saya tidak layak mendapat semua kredit kejayaan pemulihan TH sebagaimana dibuktikan oleh Laporan Ketua Audit ke atas kewangan TH 2019. Begitu juga pengiktirafan peringkat antarabangsa inovasi pakej penyelamatan melalui terbitan sukuk UJSB kepada TH. Pujian sebenar layak diberikan kepada pasukan pemulihan awal TH di bawah Pengerusinya Tan Sri Md Nor Yusof dan DS Zukree sebagai CEO.

10. Walaupun kontrak Tan Sri masih berbaki 3 tahun lagi sebagai Pengerusi TH, beliau memilih untuk bersara terlalu awal. Saya yakin sebagai Pengerusi, Tan Sri mungkin berasa tidak selesa dengan sikap kerajaan hari ini yang langsung tidak memberikan pengiktirafan kepada usaha pemulihan ini malah penubuhan RCI TH yang diumumkan adalah lebih kepada tekanan politik bagi mewajarkan fitnah mereka semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab.

Apapun , tabik hormat untuk Tan Sri Md Nor kerana anda meninggalkan kerusi empok Pengerusi dalam keadaan TH sudah pulih dan menuju kelestarian menyahut cabaran norma baharu. Betapa sukarnya ketika Tan Sri Md Nor ambil alih pada tahun 2018, TH ditinggalkan oleh Pengerusi sebelumnya dalam keadaan tenat dan nazak. Tan Sri Md Nor adalah penyelamat sebenar yang memberi talian hayat kepada TH dan menjadi kebanggan umat Islam. Selamat bersara Tan Sri dan nikmatilah pencapaian anda dengan bersyukor kepada Allah.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Parit Buntar

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa mekanisma kawalan harga barang begitu lembab susulan kenaikan harga secara mendadak, sejak...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreGEORGETOWN, 1 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta menyiasat dan mengambil tindakan berhubung isu peningkatan bayaran perubatan di hospital swasta. Gesaan itu...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 1 Dis – Semua naik! Rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang basah yang...

Ekonomi

Kongsikan Artikel InimorePUTRAJAYA, 1 Dis – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob seakan terkejut dan terpaksa mengakui harga barang keperluan terutamanya ayam dan ikan meningkat....

Copyright © 2021 Media Rania