Komuniti

Aminuddin Mulakan Hujung Minggu Ziarah Kasih Di Gemas

Kongsikan Artikel Ini

TAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri beliau, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof bagi menghadiri program Ziarah Kasih anjuran BAKRIYAH Negeri Sembilan dengan kerjasama Penyelaras DUN Gemas, dekat sini, pagi tadi.

Rombongan beliau bersama isteri berkesempatan menziarahi ahli keluarga yang kurang bernasib baik yang tinggal di sekitar FELDA Pasir Besar, Kampung Pasir Besar serta Kampung Kurnia Diraja.

“Selain menyampaikan sumbangan, saya serta semua yang hadir turut menadah tangan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan mereka yang diziarahi,” jelas Aminuddin dalam entri terbaharu di laman Facebook rasmi beliau sebentar tadi.

Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah ketua-ketua masyarakat serta pemimpin tempatan bertanya khabar memberi keceriaan kepada ahli keluarga yang ditimpa musibah.

Beliau berharap semoga sumbangan yang dihulurkan serta doa yang dititipkan dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

– MEDIA RANIA

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version