Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

Adam Adli : Najib Bijak Alih Perhatian Daripada Salah Lakunya

Kongsikan Artikel Ini

BEKAS perdana menteri Najib Razak yang sudah pun disabitkan bersalah di mahkamah, berjaya menggunakan sentimen untuk membuat masyarakat “lupa” salah lakunya, kata aktivis pelajar terkemuka yang juga ahli terbaru PKR Adam Adli Abdul Halim.

“Najib melawan dengan baik hingga sekarang orang sudah tidak beri perhatian kepada kesnya, beliau berjaya mengubah pandangan umum terhadap imejnya,” kata Adam kepada media.

Malangnya, ini adalah realiti masyarakat dan apa yang berlaku dengan media sosial sekarang, katanya.

Tambahnya, kurangnya kepercayaan masyarakat umum terhadap institusi, pihak berkuasa dan media, semakin memudahkan mereka dieksploitasi.

“Anda boleh beri seribu fakta kepada masyarakat, tetapi bila ada yang alih dan kukuhkan sesuatu sentimen, maka fakta itu tidak penting lagi,” katanya.

Adam – yang ditemubual sempena kemasukannya dalam PKR, yang mencari aktivis muda dan terkenal untuk memikat pengundi muda pada pilihan raya umum (PRU) akan datang – berkata masyarakat sekarang “pasca-kebenaran” di mana sentimen dan perasaan lebih penting berbanding fakta.

Katanya, dalam situasi seperti itu, ahli politik bertanggungjawab untuk memberitahu fakta kepada masyarakat – dalam kes ini, salah laku Najib.

“Hanya kerana masyarakat mudah lupa salah laku pemimpin, ia tidak bermakna anda (ahli politik) juga perlu lupa.

“Ahli politik mesti berpendirian teguh dan berpegang kepada prinsip mereka.”

Najib yang juga ahli Parlimen Pekan, berdepan beberapa pertuduhan rasuah berhubung dana milik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau disabitkan bersalah atas beberapa pertuduhan yang ada kaitan dnegan dana SRC International bernilai RM42 juta, dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Beliau pada masa ini sedang membuat rayuan terhadap hukuman itu.

“Pada awalnya, kita fikir beliau membodohkan diri sendiri kerana cuba nampak cool seperti ini, tetapi beliau berjuang sebenarnya.

“Beliau bukan saja berlawan di mahkamah, tetapi di luar juga,” katanya.

Seiring dengan perbicaraan di mahkamah, Najib aktif di media sosial, menjenamakan semula dirinya dengan gelaran Bossku, di mana nama itu menempa populariti.

Beliau juga mempopularkan slanga “Malu apa, Bossku?” yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Walaupun frasa itu semakin kurang digunakan sekarang, Najib masih aktif di Facebook, mengkritik musuh politiknya dalam Pakatan Harapan (PH) dan juga kerajaan, di mana Umno adalah parti beliau.

Beliau dilihat lantang bersuara terutama dalam topik membabitkan kebajikan rakyat, ekonomi dan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19.

Adam berkata rakyat tidak seharusnya membenarkan sentimen seumpama itu untuk mengalihkan atau memudarkan fokus tentang pentingnya isu seperti rasuah.

Katanya, sudah pasti akan sentiasa ada kumpulan penyokong tegar yang mempertahankan salah laku seseorang pemimpin.

“Sebab itu saya ingin ingatkan ahli politik dan penggerak politik, hanya kerana masyarakat lupa, tidak bermakna anda juga patut lupa.

“Anda perlu sentiasa ingatkan mereka,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSHAH ALAM, 2 Dis – Sebanyak 65 kes baharu Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya selepas proses saringan diteruskan hari ini,...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreSEBERANG JAYA, 28 Nov – Golongan belia di Pulau Pinang disaran lebih proaktif dalam melibatkan diri mereka bersama masyarakat setempat melalui aktiviti...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreKUALA LUMPUR, 27 Nov – Kepimpinan wanita yang banyak berorientasikan empati sering dilihat lemah oleh sesetengah pihak. Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul...

Anak Muda

Kongsikan Artikel InimoreMASJID TANAH, 19 Nov – Memasuki pusingan akhir pecutan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, KEADILAN Cabang Wangsa Maju yang berkampung sejak 4...

Copyright © 2021 Media Rania