Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Kemelut Politik Melaka: Antara Tembok Dan Dinding

Kongsikan Artikel Ini

Minggu ini kita gembira dengan berita kebenaran merentas negeri. Ini bukan berkaitan dengan balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tetapi kontraktor yang hendak mengubahsuai rumah sudah boleh datang ke rumah. Kontraktor ini berasal dari Perak.

Kontraktor ini sudah lama mengenali keluarga saya dan sebarang kerja pengubahsuaian saya akan memanggil dia. Anak dia sudah membuka perniagaan di Kuala Lumpur. Dalam projek pengubahsuaian rumah saya ini bapanya berikan kepada anak dia membuatkannya.

Tetapi kerja anaknya belum cukup memuaskan hati saya sebab pemecahan dinding rumah sudah menimbulkan masalah kerana menjungkilkan jubin di rumah saya. Timbul sedikit pertengkaran sebab saya mengatakan pekerjanya bertangunggjawab ke atas mengjungkilkan jubin dalam rumah saya.

Setelah diberikan kebenaran melintas, bapanya pun datang ke rumah menyelesaikan masalah dinding dan jubin. Bapanya cuba menenangkan diri anaknya dan saya juga.

Bapanya memberitahu saya pekerjanya bertangungjawab sebab hentakan kuat memecahkan dinding telah menjungkirkan jubin rumah saya tetapi bapanya berkata orang yang memasang jubin di rumah saya 10 tahun itu tidak membuat kerjanya dengan betul semasa memasag jubin sebab itu ia terjungkit.

Saya mengatakan Ah Hui, awak juga yang mengupah pemasang jubin itu 10 tahun yang lalu. Ah Hui mengaku tetapi akan mengantikan jubin-jubin yang terjungkil itu. Anak Ah Hui, Ah Lok masih tidak berpuas hati maka berlakulah pertengkaran kecil antara kedua beranak di rumah saya.

Saya cepat-cepat menjadi orang tengah menyelesaikannya, saya kata ini mungkin kerana Covid-19 di mana anak terpisah dengan bapa dan keluarga maka emosi agak tinggi.

Akhirnya perkara ini diselesaikan, Ah Hui mengantikan jubin baharu di ruang terjungkil itu walaupun anaknya tidak berpuas hati tetapi akur dengan keputusan bapanya.

Dalam pada itu tembok depan di rumah dirobohkan kerana saya tidak mahu rumah saya berpagar dan mempunyai tembok.

Saya seolah-olah mahu rumah saya bebas daripada dipagari atau tiada sekatan tembok mungkin sebagai menyahut seruan Keluarga Malaysia.

TEMBOK DAN DINDING

Isu politik di Melaka saya umpamakan bagaikan tembok dan dinding. Walaupun perobohan tembok kepartian diutarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetapi dari segi dinding atau pendinding diri iaitu masih kuat dengan kepartian seperti Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno akan menentukan sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Hakikatnya dapat dilihat dalam kemelut politik di Melaka. Gemilang Daily bertarikh 14 Oktober menyatakan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Umno sama sekali tidak akan berkerjasama dengan Pas dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) pada PRN Melaka tidak lama lagi.

Berbeza di peringkat pusat di mana Ismail Sabri cuba merobohkan tembok kepartian dengan menobat kerajaan sekarang sebagai Keluarga Malaysia tetapi dindingnya masih tebal dengan kepartian, hentakan kuat kepada dinding telah menjungkirkan jubin keutamaan kerajaan Keluarga Malaysia contoh Umno yang cuba menguasai PRN negeri ini.

Atau tembok halangan diperkukuhkan dan dinding diteguhkan apabila Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang memuat naik gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin Pas.

Isu politik di Melaka sudah menunjukkan betapa dinding politik masih tebal dengan semangat kepartian yang tinggi terutamannya dalam isu perebutan dan pembahagian kerusi antara Umno yang tentu hendak memonopoli dan di samping Bersatu dan Pas dan parti-parti komponen BN.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata rundingan kerusi antara semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga Pengerusi PN Negeri telah mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen bagi menghadapi PRN itu.

Dalam krisis politik di Melaka anehnya yang mendapat nama buruk ialah pihak pembangkang yang kononnya telah merobek MoU dengan kerajaan Keluarga Malaysia?

Apa yang menarik untuk dilihat ialah muka tembok kalangan ahli politik yang dinding kepartian semakin menebal dengan tidak memperdulikan masalah kesihatan rakyat dan ISO yang perlu dihormati supaya isu PRN di Sabah tidak diulangi yang mencetuskan isu pandemik yang meningkat.

Timbul persoalan ialah adakah meruntuhkan tembok kepartian sebuah kerjaan Keluarga Malaysia sekadar hiasan kosmetik yang bersembunyi di sebalik dinding diri dan pelitup kepartian yang masih tebal itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Komuniti

Kongsikan Artikel InimoreOleh Dr Tan Yee Kew Badannya sudah lemah, tapi punyai keazaman umpama besi dan berhati emas. Ummi mengasaskan rumah anak-anak yatim ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 28 Nov – Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen Geng Penyamun Sarawak (GPS) dilapor meremehkan rancangan...

Pendapat

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 27 Nov – Walaupun UMNO mencapai kejayaan cemerlang dalam PRN Melaka, Pas nampaknya langsung tidak terliur untuk kembali bersama parti itu...

Negeri

Kongsikan Artikel InimorePENDAPAT, 26 Nov – Hampir 6 darsawarsa infrastruktur asas terutamanya bekalan air bersih dan terawat masih belum dapat di salurkan kepada rakyat...

Copyright © 2021 Media Rania