Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Jepun Bubar Parlimen, Pilihan Raya Umum 31 Oktober

Kongsikan Artikel Ini

TOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Penggal empat tahun Ahli Parlimen Dewan Rakyat tamat pada 21 Okt.

Dalam era selepas perang, buat kali pertama pilihan raya umum Jepun diadakan selepas tempoh penggal berakhir. Tempoh masa antara pembubaran Parlimen dan hari pengundian juga adalah yang paling singkat.

Pada 29 Sept lepas Fumio Kishida memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan dipilih menjadi perdana menteri baharu pada 4 Okt.

Kishida mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat pada pilihan raya umum kali ini menerusi dasarnya untuk memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik dan memperkasa tindak balas COVID-19.

Beliau berkata pakej ekonomi bernilai “puluhan trilion yen” sedang disiapkan untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas akibat COVID-19.

Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Kishida berikrar untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara dan mengagihkan semula hasil kejayaan itu untuk mewujudkan kelas pertengahan yang lebih kuat.

Namun, baru-baru ini beliau menegaskan Jepun perlu merealisasikan pertumbuhan ekonomi terlebih dahulu sebelum mengagihkan semula kekayaan.

Menurut tinjauan Kyodo News, rating sokongan terhadap Kabinet Kishida sebanyak 55.7 peratus.

Ikrar Kishida untuk mengurangkan jurang kekayaan agak diragui selepas beliau menyatakan untuk menangguhkan rancangannya mempertimbangkan menaikkan kadar cukai keuntungan modal.

Sementara itu, Party Constitutional Democratic Japan (CDPJ) menegaskan bahawa Jepun tidak dapat mencapai pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan kecuali masalah pengagihan semula kekayaan diatasi terlebih dahulu.

Parti itu berikar akan meningkatkan cukai individu yang kaya dan syarikat besar sambil meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

CDPJ telah meminta menurunkan cukai penggunaan dari 10 peratus kepada lima peratus dan pengecualian cukai kepada mereka yang memperoleh kurang 10 juta yen (US$88,063,05) setiap tahun.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIYADH, 10 Okt – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan...

Copyright © 2021 Media Rania