Jenayah

Ahli Parlimen Labuan Mengaku Tak Bersalah

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli hari ini mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan berkaitan rasuah semasa dia menjadi timbalan pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan tiga tahun lalu.

Wakil rakyat dari parti Warisan itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Rozman didakwa menggunakan kedudukannya itu bagi mendapatkan kontrak kerajaan untuk sebuah syarikat yang di dalamnya ada kepentingan bapa serta saudarnya.

Menurut kertas pertuduhan kontrak tersebut ialah untuk menjadi pengendali Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan manakala syarikat yang didakwa terlibat ialah Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa melaukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik mesyuarat di tingkat sembilan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya antara jam 2.30 petang hingga 5.30 petang pada 23 Mac 2018.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 24(1) Akta SPRM Rozman berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dendatidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Selepas pengakuan tidak bersalah Rozman dibuat, timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memberitahu mahkamah, pihaknya dan pembelaan bersetuju agar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM100,000 bersama seorang penjamin.

Katanya kedua-dua pihak juga bersetuju dengan syarat ikat jamin iaitu pasport antarabangsa tertuduh disimpan mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Peguam bela Rozman, Muhammad Rafique Rashid Ali, kemudian mengesahkan hal itu kepada mahkamah.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh juga diarah agar menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Rozina kemudian menetapkan 19 November ini untuk sebutan kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA Majlis Presiden Pakatan Harapan amat terkejut dengan keputusan Kerajaan menghidupkan semula projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP), seperti yang dijawab...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniDua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu sehingga menyerahkan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 21 Okt – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Okt – Suspek utama yang terlibat dalam kes kehilangan wang tunai RM25 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version