Negeri

53 Penjawat Awam Negeri Sembilan Dinasihat Segera Ambil Vaksin

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 13 Okt – Seramai 53 penjawat awam di Negeri Sembilan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 mempunyai masa hingga hujung bulan ini sebelum dikenakan tindakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri berharap golongan berkenaan dapat mengambil suntikan vaksin Covid-19 pada kadar segera demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Sebelum ini, seramai 64 penjawat awam di negeri ini yang dikenal pasti belum bersedia untuk menerima vaksin berkenaan bagaimanapun 11 daripada mereka telah menerima suntikan.

“Memang ada antara mereka yang masih berkeras untuk tidak mahu vaksin. Kita berharap mereka ini memikirkan semula untuk menerima vaksin walaupun masing-masing berpandangan mempunyai hak tersendiri,” katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.


Media sebelum ini melaporkan JPA mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan pembentangan Belanjawan 2022 pada hujung bulan depan.

“Bajet yang kita rumuskan pada tahun depan adalah realisitik. Kerajaan akan melihat belanjawan tahun terdahulu untuk dirangkumkan dan dibuat pengharmonian supaya bajet yang dibentang kali ini lebih bermakna serta memberi satu rangsangan ekonomi kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, susulan rentas negeri dibenarkan, Aminuddin menasihati pengunjung yang datang ke Negeri Sembilan terutamanya pada hujung minggu ini agar menjaga kebersihan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan wabak Covid-19. -Bernama

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 2 Dis – Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, hari ini, meluluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 bagi...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniBAGAIMANA KAMI BOLEH MEMBAWA PERUBAHAN DAN KETELUSAN DALAM TADBIR URUS SERTA KESAMARATAAN DALAM AGIHAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN SOSIO-EKONOMI KOMUNITI DI SARIBAS...

Negeri

Kongsikan Artikel IniMUKAH, 1 Dis – Masihkah mahu menafikan? Sehingga waktu ini, liputan internet bagi kawasan perkampungan Tellian dan kawasan luar bandar sekitar Mukah...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 1 Dis – Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version