Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

Umno Kini Makin ‘Keliru, Berpecah-Belah’

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 12 Okt – Krisis politik di Melaka menonjolkan tiadanya keselarasan antara pemimpin Umno dan ahli akar umbi berhubung kerjasama dengan pesaing-pesaingnya, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, ahli akar umbi Umno telah menjelaskan pendirian mereka di perhimpunan agung parti (PAU) itu bahawa mereka tidak mahu Umno bekerjasama dengan Bersatu, PKR dan DAP.

“Umno keliru dan berpecah-belah. Para pemimpinnya nampak lebih ambil berat tentang kuasa dan kepentingan sendiri berbanding apa yang akar umbi mahu,” katanya.

Jeniri berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mesti tegas menunaikan kehendak akar umbi dan jika tidak, ini akan menjejaskan kredibiliti parti dan kepimpinannya kerana asas kekuatan Umno adalah pada tiga juta ahlinya.

“Umno mesti pastikan para pemimpinnya, daripada peringkat tertinggi hingga ke negeri dan bahagian, konsisten dalam kata-kata dan perbuatan mereka,” katanya.

Baru-baru ini timbul persoalan mengenai komitmen Umno terhadap kehendak ahli, terutamanya setelah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, seorang naib presiden Umno, mencapai persefahaman politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Di Melaka, Pengerusi Barisan Nasional dan Umno negeri Ab Rauf Yusoh berkata, mereka akan mempertimbangkan cadangan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Bersatu untuk bekerjasama pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri akan datang.

Beliau turut mendedahkan pertemuannya dengan ADUN DAP Melaka untuk meminta sokongan mereka agar kerajaan negeri pimpinan Umno tidak jatuh.

Jeniri berkata, krisis Melaka memperlihatkan kelemahan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Bagaimanapun, dua ADUN Umno yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri juga bertindak bertentangan dengan kehendak akar umbi, katanya.

Seorang penganalisis lain, Azmi Hassan, berkata akar umbi Umno mungkin tidak akan menghukum parti itu atas kerjasama ad-hoc dengan pesaingnya selagi ia masih menerima paling banyak faedah.

“Selagi Umno berada di tempat duduk pemandu, saya yakin akar umbi akan dapat terima keputusan parti mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau tidak melihat isu ini sebagai akibat daripada kepimpinan yang lemah, katanya, tetapi ia bersifat praktikal dan realistik mengenai kemampuan Umno mendapatkan sokongan yang mencukupi untuk memimpin sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania