Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

RM300 Juta Bina Sungai Tiruan Di Kemaman

Kongsikan Artikel Ini

KUALA TERENGGANU, 13 Okt – Pembinaan sungai tiruan bagi meminimumkan masalah banjir yang sering melanda daerah Kemaman akan dimulakan awal Januari 2022.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, projek pembinaan fasa pertama sungai tiruan sepanjang 8 kilometer (km) itu bermula dari Paman ke Tasik Bungkus dekat Ibok.

Beliau berkata, keseluruhan projek tersebut menelan belanja RM300 juta dan dijangka mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.

“Jabatan Alam Sekitar telah pun memberi kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA) projek ini dimana kos dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

“Apabila projek ini disiapkan nanti, kita percaya masalah banjir di sekitar pekan Chukai akan dapat diminimumkan,” katanya ketika ditemui pemberita meninjau proses penghantaran barangan keperluan banjir sebanyak empat tan ke Pulau Redang di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, pada Selasa.

Antara kawasan yang sering dilanda banjir di sekitar Chukai ialah Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan dan Kampung Tempurung.

“Buat masa ini pertembungan air dari Sungai Air Putih dan Sungai Cerul yang terletak di Hulu Kemaman menyebabkan kawasan sekitar Chukai mengalami banjirJ setiap kali hujan lebat.

“Keadaan bertambah buruk jika berlaku fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan dalam tempoh lama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hanafiah berkata, projek berkenaan memakan masa untuk dimulakan kerana ia melibatkan pengambilan tanah milik penduduk.

Projek pembinaan sungai tiruan itu mencakupi lebar sejauh 250 meter dengan ketinggian dua meter.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniTuntutan PAS dan Bersatu untuk bertanding masing-masing lima dan lapan kerusi sebagai syarat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPermohonan kebenaran semakan kehakiman oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari untuk membatalkan pembubaran DUN akan dikemukakan dalam perbicaraan mahkamah pada 8...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari memberitahu sepanjang 22 bulan pentadbiran PH, gabungan itu tidak pernah lari dari kesedaran memikul tanggungjawab membantu...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniPANTAI PUTERI, 23 Okt – Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Rusnah Aluai turut serta dalam program pembersihan pantai di Pantai Puteri anjuran...

Copyright © 2021 Media Rania