Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Rasuah Pasir: SPRM Nilai Maklumat Idris

Kongsikan Artikel Ini

MELAKA, 12 Okt – Semua maklumat yang diperoleh daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung dakwaannya berkaitan isu royalti pasir sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM negeri, Mohd Shahril Che Saad berkata, jawatankuasa peringkat tertinggi di ibu pejabat SPRM itu akan menilai, menganalisis serta memperincikan semua maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengesahkan sama ada siasatan berhubung dakwaan itu sudah dijalankan atau sebaliknya.

“SPRM Melaka hanya membantu untuk mendapatkan maklumat daripada Datuk Seri Idris dan sudah pun diserahkan kepada ibu pejabat untuk dinilai oleh jawatankuasa terbabit.

“Saya pun tidak menerima sebarang arahan (untuk melakukan tindakan lanjut), cuma saya boleh katakan, maklumat yang diambil sudah dihantar ke ibu pejabat dan dinilai oleh JMM di peringkat ibu pejabat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, Mohd Shahril mengesahkan SPRM sudah mengambil beberapa maklumat secara lisan dan melihat dokumen berkaitan isu royalti pasir daripada Idris yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang.

Pertemuan selama kira-kira dua jam bermula 3 petang itu dibuat di sebuah lokasi di Melaka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPORT DICKSON, 1 Dis – Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan sedia bekerjasama dan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 30 Nov – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang memperuntukkan RM550 juta...

Negeri

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 29 Nov – Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan isu banjir kilat...

Negeri

Kongsikan Artikel IniIPOH, 14 Nov – Mangsa banjir di Perak terus meningkat setakat 9 pagi ini apabila merekodkan 283 mangsa daripada 83 keluarga yang...

Copyright © 2021 Media Rania - LIVE ON NEW SERVER