Nasional

PH Perlu Ambil Pendirian Tegas Mengenai Pilihan Raya Ketika Pandemik

Kongsikan Artikel Ini

Pakatan Harapan (PH) digesa untuk membuat pendirian tegas sama ada pilihan raya umum perlu diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 atau sebaliknya.

PH juga menolak pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya negeri Melaka seperti yang dibincangkan beberapa pihak, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, baru-baru ini.

Di Sarawak, beberapa pemimpin gabungan sebelum ini telah menolak untuk mengadakan pilihan raya itu ketika pandemik demi menjaga keselamatan rakyat.

Penganalisis dari Universiti Malaya (UM) Awang Azman Pawi berkata, pemimpin PH di peringkat pusat harus mengambil pendirian tegas bagi mengelak timbulnya persepsi bahawa mereka tiada pendirian tetap atau bersikap oportunis.

“Ia bukan hanya mengenai isu ini tetapi semua perkara. PH perlu dilihat sebagai berpendirian tetap supaya tidak hilang kepercayaan orang ramai,” kata Awang Azman.

Katanya, pilihan raya pasti akan memberi kelebihan kepada Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai kekuatan jentera dan lebih banyak sumber.

PH kemungkinan akan memastikan pelaksanaan Undi18 terlebih dulu sebelum mana-mana pilihan raya diadakan kerana generasi muda belum mempunyai kecenderungan terhadap mana-mana parti berbanding pengundi lebih berusia yang lebih setia kepada parti mereka.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung berkata, mereka yang mendesak supaya pilihan raya diadakan akan berdepan kemarahan pengundi kerana kebanyakannya masih bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi.

Katanya, walaupun PH Sarawak telah menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan rakyat untuk menolak pilihan raya negeri diadakan ketika ini, penangguhan itu bagaimanapun akan memberi kelebihan kepada mereka yang akan mempunyai lebih banyak masa bagi membuat penyusunan dengan pembangkang tempatan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk memastikan ia berdepan pertarungan dua penjuru dengan GPS.

“Timbul khabar angin mengatakan PH mahu membentuk pakatan dngan PSB, yang mana ia akan meningkatkan lagi peluang mereka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniBekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyifatkan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak membenarkan sebarang aktiviti kempen...

Nasional

Kongsikan Artikel IniPADA 13 September 2021, kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap usul bagi membahaskan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan nilai hampir...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan kecewa dan kesal dengan sikap Kerajaan yang telah menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)....

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version