Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Nasional

PH Perlu Ambil Pendirian Tegas Mengenai Pilihan Raya Ketika Pandemik

Kongsikan Artikel Ini

Pakatan Harapan (PH) digesa untuk membuat pendirian tegas sama ada pilihan raya umum perlu diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 atau sebaliknya.

PH juga menolak pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya negeri Melaka seperti yang dibincangkan beberapa pihak, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, baru-baru ini.

Di Sarawak, beberapa pemimpin gabungan sebelum ini telah menolak untuk mengadakan pilihan raya itu ketika pandemik demi menjaga keselamatan rakyat.

Penganalisis dari Universiti Malaya (UM) Awang Azman Pawi berkata, pemimpin PH di peringkat pusat harus mengambil pendirian tegas bagi mengelak timbulnya persepsi bahawa mereka tiada pendirian tetap atau bersikap oportunis.

“Ia bukan hanya mengenai isu ini tetapi semua perkara. PH perlu dilihat sebagai berpendirian tetap supaya tidak hilang kepercayaan orang ramai,” kata Awang Azman.

Katanya, pilihan raya pasti akan memberi kelebihan kepada Gabungan Parti Sarawak yang mempunyai kekuatan jentera dan lebih banyak sumber.

PH kemungkinan akan memastikan pelaksanaan Undi18 terlebih dulu sebelum mana-mana pilihan raya diadakan kerana generasi muda belum mempunyai kecenderungan terhadap mana-mana parti berbanding pengundi lebih berusia yang lebih setia kepada parti mereka.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Lee Kuok Tiung berkata, mereka yang mendesak supaya pilihan raya diadakan akan berdepan kemarahan pengundi kerana kebanyakannya masih bergelut untuk meneruskan kehidupan di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi.

Katanya, walaupun PH Sarawak telah menyuarakan kebimbangan terhadap kesihatan rakyat untuk menolak pilihan raya negeri diadakan ketika ini, penangguhan itu bagaimanapun akan memberi kelebihan kepada mereka yang akan mempunyai lebih banyak masa bagi membuat penyusunan dengan pembangkang tempatan, Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk memastikan ia berdepan pertarungan dua penjuru dengan GPS.

“Timbul khabar angin mengatakan PH mahu membentuk pakatan dngan PSB, yang mana ia akan meningkatkan lagi peluang mereka,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar, kata Menteri Kesihatan...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKementerian Pendidikan digesa menyiasat pendedahan ibu bapa pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur apabila satu video seks muncul di...

Copyright © 2021 Media Rania