Jenayah

Perbualan PM Pun Boleh Dirakam, Ini Kerja Siapa Dan Selamatkah Juga Komunikasi Kita Rakyat Biasa ?

Kongsikan Artikel Ini

Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka selepas Idris dan tiga lagi Adun menarik sokongan menjatuhkan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali minggu lalu.

Bagi yang biasa mendengar suara Idris dan Ismail, baik secara perbualan biasa atau melalui televisyen, pasti tidak sukar mengenalpasti bahawa audio itu adalah melibatkan kedua-dua mereka.

Meskipun Idris telah menafikannya, tetapi secara umumnya tindakan beliau itu tidak mengurangkan keyakinan ramai terhadap keaslian suaranya.

Penafian Idris itu dilihat hanya satu perkara biasa dalam permainan orang politik ketika berdepan media.

Malah, banyak penafian-penafian sebelum ini akhirnya berakhir dengan kebenaran.

Begitu pun, Ismail Sabri masih belum membuat apa-apa penafian berhubung rakaman audio tersebut.

Rakaman audio berkenaan boleh didengar di sini – https://www.facebook.com/100057723877508/posts/304481344819326/

Apa yang nyata, butir perbualan dalam rakaman itu boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta implikasi, baik kepada Ismail Sabri, Idris, Sulaiman yang mengetuai kerajaan negeri, Ab Rauf Jusoh, Speaker Melaka dan masa depan UMNO menghadapi PRN akan datang.

Namun, yang terpenting sekali dengan bocornya rakaman audio melibatkan Perdana Menteri itu, sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tanda tanya kita semua.

Pertama, siapakah yang melakukan intipan dan membocorkan rakaman itu?

Kedua, dengan perbualan Perdana Menteri sendiri boleh diintip, dirakam dan disebarkan, apakah tahap keselamatan sebenar negara kita ini?

Bayangkan belum pun sampai dua bulan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sudah ada yang berani mengintip, merakam dan menyebarkan perbualannya?

Bagaimana dengan banyak perbualan telefon beliau yang lain, adakah ia juga terdedah kepada intipan dan rakaman dan mungkin terdedah kepada umum?

Kenapa talian telefon Perdana Menteri tidak dilengkapi dengan kawalan atau ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan?

Kalau perbualan Perdana Menteri begitu mudah diintip dan dirakam, bagaimana dengan perbualan kita sebagai rakyat biasa?

Selamatkah kita dalam berkomunikasi dengan sesiapa?

Shahbudin Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKENYATAAN MEDIA Majlis Presiden Pakatan Harapan amat terkejut dengan keputusan Kerajaan menghidupkan semula projek Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP), seperti yang dijawab...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniDua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menipu seorang individu sehingga menyerahkan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKuala Lumpur 21 Okt – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 20 Okt – Suspek utama yang terlibat dalam kes kehilangan wang tunai RM25 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Copyright © 2021 Media Rania

Exit mobile version