Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Kota Kinabalu Dilanda Banjir Kilat Lagi

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 12 Okt –  Hujan lebat sejak awal pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar ibu negeri Sabah dilanda banjir kilat.

Ini merupakan banjir kilat kedua yang berlaku dalam tempoh kira-kira sebulan.

Hujan lebat berserta angin kencang turut menyebabkan berlaku kejadian pokok tumpang dan bangunan roboh.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memaklumkan, selain di pusat bandar raya, daerah Penampang antara kawasan yang turut terjejas akibat banjir kilat.

Antara kawasan dan kampung terjejas di Penampang ialah Kampung Kobusak, Kg Sugul, Kg Kibabaig, Kg Mogonibung, Kg Kohizan, Millenium Height Bundusan dan Taman Landmark.

Setakat 7 pagi tadi, paras air Sungai Moyog berada pada tahap amaran iaitu pada bacaan 8.82 meter.

Dalam kejadian berasingan di Papar, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd. Johainin Ruslan berkata, berlaku kejadian bangunan roboh akibat angin kencang di pekan lama Kimanis.


Pihaknya menerima laporan mengenai kejadian bangunan roboh membabitkan bangunan kedai lima pintu di pekan lama Kimanis pada pukul 6.51 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membuat pembersihan sekitar kawasan dan memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.33 pagi,” katanya.

Kejadian pokok tumbang turut berlaku di Jalan Papar-Putatan berhampiran dengan Kem Tentera Lok Kawi yang menghalang laluan menuju ke pusat bandar raya.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud sehingga 5 pagi tadi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Negeri

Kongsikan Artikel IniTuntutan PAS dan Bersatu untuk bertanding masing-masing lima dan lapan kerusi sebagai syarat bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPermohonan kebenaran semakan kehakiman oleh bekas ketua menteri Melaka Adly Zahari untuk membatalkan pembubaran DUN akan dikemukakan dalam perbicaraan mahkamah pada 8...

Negeri

Kongsikan Artikel IniPengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari memberitahu sepanjang 22 bulan pentadbiran PH, gabungan itu tidak pernah lari dari kesedaran memikul tanggungjawab membantu...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniPANTAI PUTERI, 23 Okt – Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Rusnah Aluai turut serta dalam program pembersihan pantai di Pantai Puteri anjuran...

Copyright © 2021 Media Rania