Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Anak Muda

[ VIDEO ] Akmal Gesa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Dipinda Segera

Kongsikan Artikel Ini

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), National Oversight & Whistleblowers (NOW) menuntut pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dibuat dengan kadar segera.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, langkah itu penting bagi meningkatkan peranan pemberi maklumat dalam bentuk sesebuah pentadbiran negara yang telus dan ada akauntabiliti.

Akmal menambah, ia bertujuan menjamin hak perlindungan terhadap pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat-maklumat melibatkan kepentingan awam.

Pindaan yang dibuat perlu berteraskan tiga keutamaan iaitu pertama memperkasakan peranan pemberi maklumat dalam melindungi kepentingan awam dengan menambah baik mekanisme pemberian maklumat. Sebagai contoh, pendedahan maklumat kepada pihak media.

Kedua, menjamin hak perlindungan yang lebih baik kepada pemberi maklumat, manakala yang ketiga, menjamin imuniti dan kebebasan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2020 daripada undang-undang lain yang berkaitan Akta Rahsia Rasmi (OSA), katanya dalam sidang akhbar yang di Parlimen pada Isnin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii.

Dalam perkembangan sama, Akmal Nasrullah turut menyentuh mengenai isu Kertas Pandora yang hangat dibangkitkan ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat ketika ini.

Jelasnya, pendedahan yang dibuat media mengenai isu tersebut adalah sesuatu yang baik dan sewajarnya perkara itu dibahaskan secara terbuka.

Pada Isnin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak supaya isu Kertas Pandora dibahaskan selepas usul yang di bawa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ditolak pada Rabu lalu.

Azhar menolak usul dicadangkan oleh Anwar bagi membahaskan mengenai pendedahan Kertas Pandora di Dewan Rakyat selepas mendapati ia tidak perlu disegerakan kerana mesyuarat persidangan di Dewan Rakyat didahulukan dengan aturan mesyuarat.

Sehubungan itu, Azhar mencadangkan Anwar menggunakan prosedur lain untuk membincangkan isu tersebut termasuk menerusi soalan menteri, soal jawab lisan, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pendedahan Kertas Pandora yang dilakukan oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) telah memetik beberapa figura penting negara berkaitan pemilikan akaun luar pesisir sepanjang 25 tahun lalu.

Antara individu dikaitkan menerusi pendedahan berikut ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; ahli perniagaan, Tun Daim Zainuddin bersama beberapa ahli keluarganya serta Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez Musa.

Pendedahan yang dibuat melibatkan hampir 12 juta fail itu turut mendapati sebanyak 118 firma luar pesisir yang sebahagian besarnya didakwa melibatkan pemilik yang berasal dari Malaysia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniBEKAS perdana menteri Najib Razak yang sudah pun disabitkan bersalah di mahkamah, berjaya menggunakan sentimen untuk membuat masyarakat “lupa” salah lakunya, kata...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 8 Okt – Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mempertikaikan pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai ahli lembaga pengarah universiti berkenaan. Kesatuan...

Pendidikan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 3 Okt – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menzahirkan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar yang...

Anak Muda

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 28 Sep – Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir berkata pihaknya terkilan akan pendedahan projek ubah suai kediaman rasmi...

Copyright © 2021 Media Rania