Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Ekonomi

Rodziah Komited Bantu Usahawan Mula Perniagaan

Kongsikan Artikel Ini

KUALA SELANGOR, 11 Okt – Peruntukan sebanyak RM80 juta bagi membantu usahawan di negeri ini untuk memulakan perniagaan pada tahun ini disediakan Kerajaan Selangor.

Menurut Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail, beliau komited meneruskan inisiatif tersebut bagi membantu para usahawan mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Menurutnya, pada masa ini, seramai 8,000 usahawan sudah dibantu dengan kira-kira 2,000 daripadanya merupakan usahawan dalam kalangan kaum India menerusi Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM).

“Inisiatif SITHAM ini diperkenalkan sejak 2019 lagi tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak lebih dua tahun lalu banyak usaha yang dijalankan masih terganggu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Geran Peralatan SITHAM Yayasan Hijrah Selangor di sini pada Isnin.

Tambah Rodziah lagi, kerajaan negeri turut meluluskan had jumlah pinjaman maksimum kepada peserta Hijrah daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Beliau memberitahu, hanya 100 peminjam berpotensi sahaja yang layak menerima pinjaman berkenaan.

“Kita hanya menyasarkan peminjam berpotensi sahaja untuk dibantu dengan kos keseluruhan bernilai RM10 juta,” jelasnya.

Rodziah yang juga merupakan Ketua Wanita KEADILAN Selangor berkata, penerima, A Jeyakumar merupakan seorang penternak lembu yang mengusahakan ternakan itu di sebuah tanah lapang milik Universiti Selangor (Unisel).

Jayakumar menyewa tanah tersebut daripada Unisel bagi mengusahakan ternakan lembu.

“Dia (penerima) sebelum ini ada memohon bantuan peralatan dan kerajaan Selangor telah meluluskan mesin perah susu lembu bernilai RM8,500,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan berkenaan ialah ADUN Permatang, Rozana Zainal Abidin dan para pegawai kanan Hijrah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania