Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Sukan

Perancis Bangkit Kecewakan Sepanyol

Kongsikan Artikel Ini

MILAN, 11 Okt – Juara dunia, Perancis membuktikan Les Bleus dalam kelas tersendiri apabila bangkit ketinggalan satu gol untuk menewaskan Sepanyol 2-1 pada perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA di Milan awal pagi tadi.

Dalam perlawanan berintensiti tinggi di Stadium San Siro itu, Le Bleus dipacu
Didier Deschamps ternyata berdepan tekanan hebat barisan muda Sepanyol kendalian Luis Enrique yang menguasai permainan pada babak pertama.

Anak buah Enrique yang menjinakkan Itali 2-1 di pentas empat terbaik berjaya menghadirkan penguasaan bola pada perlawanan tersebut, namun gagal menyaingi kematangan penyudah tulen Deschamps yang diterjemahkan dengan ketenangan ketika bangkit ketinggalan dua gol bagi menyingkirkan Belgium 3-2 di Turin sebelum ini.

La Roja berjaya menembusi gawang La Bleus pada minit ke-64 hasil jaringan tonggak Real Sociedad, Mikel Oyarzabal bagi menewaskan Hugo Lloris sebelum anak buah Deschamps mula mempamerkan kematangan untuk kebangkitan luar biasa selepas itu.

Penyudah Real Madrid, Karim Benzema mengetuai kebangkitan Perancis bermula dengan gol pada minit ke-66 sebelum penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mengesahkan kemenangan mutlak pasukannya dengan gol minit ke-80.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 16 Okt – Roberto Firmino membenam hatrik dan Mohamed Salah menjaringkan satu lagi gol solo untuk membantu Liverpool membelasah Watford 5-0,...

Sukan

Kongsikan Artikel IniSEREMBAN, 9 Okt – Kejohanan Bolasepak Piala YAB Menteri Besar Negeri Sembilan 2021 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM160,000. Menteri Besar, YAB Dato’...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLONDON, 9 Okt – Penyokong Liverpool mendesak pemilik kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (PL) itu agar memenuhi permintaan Mohamed Salah untuk menaikkan gaji...

Sukan

Kongsikan Artikel IniLIVERPOOL, 4 Okt – Liverpool dan Manchester City berkongsi mata dalam perlawanan mendebarkan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2 pada aksi Liga...

Copyright © 2021 Media Rania