Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Jenayah

Kertas Pandora: Mengapa Speaker Nak Jadi Peguam Kepada Perasuah – Anwar

Kongsikan Artikel Ini

PARLIMEN, 11 Okt – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang bukan sahaja menolak usul membincangkan Pandora Papers, malah disifatkan ‘peguam bela’ kepada golongan yang menyimpan wang di luar negara.

Ahli Parlimen Port Dickson itu beliau mendesak agar usul tersebut dibentang dan dibahaskan hari ini juga, kerana terdapat dakwaan jumlah wang dari Malaysia yang disimpan di luar negara, sudah mencecah ratusan bilion.

Katanya lagi, isu itu wajar dibahaskan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan Pandora Papers, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.

“Yang di-Pertua nak jadi peguam bagi pihak perasuah-perasuah ini sebab apa? Saya ada seluruh dokumen yang ada ini… dan ia (terangkan) bagaimana seorang menteri umpamanya, boleh simpan saham di sana. Kalau ini bukan pengaliran keluar ia datang dari mana? Dari langit?

“Saya mahu hari ini juga dibentang dan dibahas. Dan seperti mana saya sebut, minggu lalu, kita tidak hukum, mungkin ada orang buka akaun di tax haven (pusat kewangan luar pesisir) itu tidak semestinya cara rompakan atau rasuah.

“Tetapi kebanyakan kes yang terlibat ini melibatkan pembesar, menteri-menteri, pemimpin- pemimpin negara, yang tidak ada sebab mengapa boleh kumpul wang begitu banyak di luar negara,” tegasnya lagi.

Anwar berkata demikian ketika bangkit meminta penjelasan Azhar yang menolak usul baharu yang beliau failkan di bawah Peratusan Mesyuarat 91 dan 92, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat untuk membincangkan urusan Pandora Papers di Dewan Rakyat.

Terdahulu, Azhar berkata, Anwar sepatutnya menggunakan Peraturan 43 bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan keputusan yang telah beliau sampaikan pada minggu lepas.
Selain itu, Azhar berkata, sepanjang pengetahuan beliau, Pandora Papers bukan mengenai penyorokan atau pengeluaran wang sehingga berbilion ringgit ke luar negara.

“Saya rasa sepanjang pengetahuan saya, Pandora Papers bukanlah mengenai mengenai penyorokan atau pengeluaran wang berbilion dari negara kita keluar. Tapi pendedahan pemegangan saham di dalam syarikat luar persisir. Itu perkara yang berlainan Yang Berhormat.

“Saya telah baca sedikit sebanyak mengenai Pandora Papers, dan ia bukan mengenai outflow money, tapi shareholoding of several individuals di offshore. Dia bukan sorok wang seperti yang YB katakan.

“Jadi dua perkara berlainan, malah saya nampak pegangan syer, kecil saja, bukan berbilion. Ada yang lima pound saja… kalau tak silap saya,” katanya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel IniPolis telah membuka kertas siasatan dan merakam percakapan pengadu bagi dua laporan berkaitan Kertas Pandora. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Abd Jalil Hassan...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniIsu Pandora Papers yang hangat diperkatakan sehingga ke Parlimen telah mendedahkan aktiviti ‘offshore tax haven’ yang merangkumi bukan sahaja pegangan saham, tetapi...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniTokoh wartawan negara menyifatkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2005 ditolak kerana ia diakui berkesan. Datuk A...

Jenayah

Kongsikan Artikel IniBekas menteri agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui...

Copyright © 2021 Media Rania