Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Rentas Negeri – MB Negeri Sembilan Raikan Kepulangan Perantau

Kongsikan Artikel Ini

SEREMBAN, 10 Okt – Susulan pengumuman kebenaran rentas negeri yang diumumkan petang tadi, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mewakili kerajaan negeri mengucapkan selamat pulang buat para perantau.

Beliau mengakui ramai yang terpaksa menanggung rindu akibat halangan tersebut sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun begitu, larangan rentas negeri dilaksanakan demi kebaikan semua pihak dalam usaha membendung penularan COVID-19,” katanya menerusi ucapan khas yang dihantar di laman Instagram hari ini.

Menurut Aminuddin, beliau ingin memberi pesanan kepada semua agar terus berhati-hati walaupun kadar vaksinasi negara telah mencecah 90%.

Tambah beliau, rakyat dinasihatkan agar mematuhi SOP serta mengamalkan amalan kendiri dalam keghairahan merentas negeri.

Aminuddin mendoakan semoga rakyat Negeri Sembilan amnya dan Malaysia khususnya terus terhindar daripada wabak merbahaya ini.

#NogoriKito #CaroKito
#PakaiPelitupMuka
#NegeriSembilanBersihMuafakatSejahtera

Foto: Instagram Menteri Besar Negeri Sembilan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Komuniti

Kongsikan Artikel IniTAMPIN, 16 Okt – Hujung minggu ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dimulakan dengan program bersama rakyat ditemani isteri...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Copyright © 2021 Media Rania