Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Pemimpin Haluan Kanan Itali Ditahan

Kongsikan Artikel Ini

ROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi insiden keganasan.

Penahanan itu antara lain turut menyaksikan pelbagai pihak menggesa supaya pergerakan parti berkenaan diharamkan.

Ratusan peserta berdemonstrasi membantah pendekatan membendung COVID-19 di tengah Rom semalam, bertembung dengan polis dan memusnahkan pelbagai premis, termasuk ibu pejabat kesatuan perdagangan, CGIL.

Polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi memaksa peserta perhimpunan itu bersurai, selepas beberapa jam mencetuskan ketegangan.

Media Italia melaporkan, antara 12 yang ditahan di Rom ialah Setiausaha Kebangsaan Forza Nuova, Roberto Fiore dan Ketua Pergerakannya, Giuliano Castellino.

“Dalang di sebalik serangan ibu pejabat CGIL terus ditahan kerana mencetuskan ketegangan dan keganasan untuk tempoh yang lama,” kata Ahli Parlimen, Federico Fornaro.

“Pejuang keganasan perlu dihentikan secepat mungkin,” kata senator Andrea Marcucci.

Ditubuhkan pada 1997, parti Forza Nuova menggesa pengharaman pengguguran, pemberhentian sepenuhnya perpindahan dan pemansuhan perundangan ucapan kebencian.

Parti itu bagaimanapun tidak pernah berjaya meraih sokongan walaupun 0.5 peratus dalam mana-mana pilihan raya, termasuk ketika menjalin usaha membentuk gabungan dengan kumpulan berhaluan kanan yang lain.

Kebanyakan ahli politik berhaluan kiri dan tengah kini menggesa supaya Forza Nuova diharamkan.

“Kita sudah cukup berdepan dengan keganasan daripada kumpulan berhaluan kanan, justeru suatu usul akan dikemukakan di Parlimen untuk kerajaan mengharamkan Forza Nuova,” kata pemimpin Parti Demokratik (PD), Emanuele Fiano.

Beberapa ahli Parlimen dan anggota kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mario Draghi turut menyokong usul sedemikian.

Bercakap kepada pemberita, Ketua CGIL, Maurizio Landini, semalam menggesa supaya Forza Nuova diharamkan dan diumumkan sebagai pergerakan antifasisme.

“Kami langsung tidak takut dengan mereka atau rasa terancam,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniRIYADH, 10 Okt – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan...

Copyright © 2021 Media Rania