Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Hipokrasi Umno Dan Perjuangan Tipu Melayu

Kongsikan Artikel Ini

PENDAPAT, 10 Okt – Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain menggambarkan hipokrasinya perjuangan parti Melayu itu.

Ab Rauf yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Pengerusi BN Melaka dan Speaker kerajaan negeri itu mengakui adanya cubaan menyelamatkan nyawa itu berikutan tindakan empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, baru-baru ini.

Katanya, beliau ada mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan DAP Melaka bagi melakukan perundingan bertujuan menyelamatkan kerajaan negeri, sambil menawarkan beberapa penyelesaian, namun ditolak parti seteru itu.

“Saya cakap terus terang saya berunding malam sebelum itu dengan kepemimpinan DAP dan saya menawarkan beberapa solusi untuk kita membendung supaya tumbangnya kerajaan negeri ini tidak berlaku.

“Tetapi adalah lebih malang kerana ia tidak diterima pimpinan DAP,” katanya lagi.

Selain tindakan berunding dan cubaan bekerjasama dengan DAP itu menggambarkan hipokrasi UMNO berikutan parti itu masih terikat dengan ketetapan NO Anwar No DAP, ini juga memperlihatkan betapa UMNO begitu ghairah untuk mempertahankan kuasa sehingga sanggup melakukan apa saja.

Di manakah pegangan UMNO sendiri terhadap ketetapan sendiri?

Tidakkah tindakan Ab Rauf itu suatu kesalahan kerana melanggar ketetapan parti dan wajar diambil tindakan?

Kalau Ab Rauf berkata adalah malang kerana tawarannya itu ditolak oleh DAP, yang lebih malang lagi sebenarnya ialah kerana UMNO memiliki pemimpin sepertinya.

Pemimpin yang sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kuasa, termasuk menggadai prinsip dan ketetapan parti adalah jenis yang tidak berguna sama sekali kepada rakyat dan perjuangan UMNO.

Kalau untuk menyelamatkan nyawa, mereka sanggup menggadai prinsip, melanggar ketetapan sendiri dan nenipu penyokong bawahan yang disuruh berpegang kepada ketetapan No Anwar No DAP, sudah tentu ketika berkuasa, lebih banyak lagi perkara-perkara yang lebih besar sanggup dilanggari.

Adakah jenis pemimpin begini yang dimahukan oleh sebuah perjuangan dan parti seperti UMNO?

Dalam hal ini, tindakan DAP menolak tawaran kerjasama itu amat terpuji dan menggambarkan bagaimana mereka bukan saja berpegang kepada prinsip, malah memberi pengajaran kepada UMNO tentang menghargai ketetapan yang telah diputuskan.

Begitu pun, yang agak menghairankan, kenapa kepimpinan kerajaan negeri Melaka tidak berunding dengan empat Adun yang mengunumkan menarik sokongan itu untuk menyelamatkan kerajaan negeri, sebaliknya memilih DAP untuk memberi nyawa kepada mereka?

Apakah empat Adun berkenaan sudah tidak boleh dirundingi atau sebarang perundingan enggan dilakukan kerana mereka lebih banyak tahu mengenai kepincangan yang sudah lama berlarutan dalam kerajaan negeri?

Sepatutnya, tindakan paling bermoral jika sudah hilang sokongan ialah Ketua Menteri mesti meletak jawatan dan bukannya cuba meminta nyawa daripada musuh yang telah dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO sendiri sebagai musuh yang tidak boleh dijalin sebarang kerjasama dengan mereka.

Ahli UMNO, orang Melayu dan rakyat negeri itu wajar berasa malu dengan perlakuan Ab Rauf yang tidak segan-segan merangkak kepada DAP yang ianya jelas memberi kehinaan paling besar kepada UMNO dan BN sebagai sebuah parti dan entiti perjuangan.

Tolak Ab Rauf, tolak UMNO dan tolak BN adalah jawapan serta balasan yang tiada kompromi jika ada PRN tidak lama lagi.

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPada tahun 1927, Zaa’ba menerbitkan artikel ‘Jalan Keselamatan Bagi Orang-orang Melayu’ – yang menekankan tentang pentingnya penguasaan ilmu dan intelektual bagi membolehkan...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 20 Okt – Di sebalik Pas masih berharap dapat bekerjasama dengan UMNO dalam menghadapi PRN Melaka dan membawa sekali Bersatu dalam...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniNegara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah Tanah air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah, Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniKegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan tetapi hanya akan bekerjasama dengan Bank Negara dan agensi penyiasatan lain untuk menyiasat pendedahan yang dibuat dalam...

Copyright © 2021 Media Rania