Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Hanya Individu Lengkap Vaksin Boleh Tunai Umrah

Kongsikan Artikel Ini

RIYADH, 10 Okt – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan hanya individu yang sudah lengkap divaksin yang diluluskan negara itu, dibenarkan menunaikan umrah dan melawat Masjidilharam dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa hari ini.

Kementerian itu juga membenarkan mereka yang disahkan diberi pengecualian daripada mengambil vaksin mengikut aplikasi Tawakkalna, juga dibenarkan melawat dua masjid suci di Makkah dan Madinah.

Peraturan baharu yang berkuatkuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus COVID-19 termasuk varian Delta, lapor agensi berita ArabNews.

Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap divaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi sudah memberi suntikan vaksin lebih 43.1 juta dos dan empat vaksin yang digunakan iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini melaporkan mereka yang sudah lengkap divaksin dengan Sinopharm atau Sinovac juga boleh diterima dengan syarat mereka sudah mengambil dos penggalak yang dipersetujui kerajaan.

– AGENSI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniROM, 10 Okt – Polis Itali hari ini memberkas pemimpin dan anggota parti berhaluan kanan, Forza Nuova susulan demonstrasi yang bertukar menjadi...

Copyright © 2021 Media Rania