Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Negeri

Aktivis MA63, Zainnal Ajamain Meninggal Dunia

Kongsikan Artikel Ini

KOTA KINABALU, 10 Okt. – Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Zainnal Ajamain meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, awal pagi tadi.

Difahamkan, penasihat Warisan berkaitan MA63 itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Damai Luyang, di sini, kira-kira 3 pagi tadi.

Rakan rapat kepada Zainnal, Michael Peter Govind ketika dihubungi mengesahkan berita duka itu dan berkata, jenazah telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut sebelum dijangka disemadikan di Putatan, hari ini.

Zainnal dikenali sebagai seorang yang lantang mengkritik berkait isu politik. Beliau merupakan pejuang dan penulis isu MA63 serta hak-hak Sabah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Copyright © 2021 Media Rania