Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Politik

ANGKUH – Pas Akan Pastikan Pakatan Harapan Tidak Kembali Perintah Melaka Dibidas

Kongsikan Artikel Ini

BUKIT GANTANG, 9 Okt – Kenyataan bahawa Pas akan memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak lagi berkuasa di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hak Ehwal Agama), Idris Ahmad, dibidas.

Idris dengan angkuh berkata, Pas sudah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Induk PRN Melaka bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya itu nanti dalam misi memastikan PH tidak merampas kerajaan negeri itu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dibantu Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat serta Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka untuk merangka pelan strategik sekiranya PRN dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Keangkuhan Idris sudah lama diperkatakan tetapi rakyat Bukit Gantang lebih kenal siapa Idris sebenarnya yang suka bercakap tanpa fakta.

Matlamat Pas di dalam PRN Melaka yang bakal diadakan itu kononnya jelas iaitu untuk memastikan PH tidak lagi berkuasa di negeri itu.

Ia seakan mengulangi episod kekalahan Pas dalam PRU-14 apabila hanya memperolehi 18 kerusi parlimen dan berpuluh-puluh calonnya hilang wang pertaruhan walaupun berkokok mampu menewaskan Umno-BN dan PH.

Adakah Idris sedar kerusi yang Pas akan bertanding di Melaka pasti akan bertembung dengan kerusi Umno dan Bersatu menyebabkan PH lebih mudah memenanginya daripada Pas sendiri?

Walaupun Idris memberi penjelasan bahawa rundingan sedang dijalankan bersama kedua-dua parti berkenaan, namun dengan perkembangan terkini memungkinkan pertandingan lebih dua penjuru tidak mampu dielakkan.

Jadi adakah dengan keangkuhan Idris mampu membantu Perikatan Nasional (PN) menumbangkan PH dan Umno yang tidak sesekali bekerjasama dengan Bersatu?

Sepatutnya Idris cermin-cerminkan diri sendiri dahulu yang kalah pada Bersatu di Bukit Gantang dan langsung tiada kerusi sama ada DUN jauh sekali parlimen di Melaka!

– MEDIA RANIA

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 16 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kerjasama...

Nasional

Kongsikan Artikel IniKenyataan Media 16 Oktober 2021 Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari YAB Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan...

Nasional

Kongsikan Artikel IniSHAH ALAM, 14 Okt – Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSPI)...

Politik

Kongsikan Artikel IniKUALA LUMPUR, 12 Okt – Dewan Rakyat menolak usul daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu Pandora Papers yang...

Copyright © 2021 Media Rania