Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Antarabangsa

Washington Secara Rahsia Latih Tentera Taiwan

Kongsikan Artikel Ini

WASHINGTON, 8 Okt – Pasukan operasi khas Amerika Syarikat (AS) dilaporkan melatih tentera Taiwan secara diam-diam, sekali gus berisiko mencetuskan kemarahan China.

Perkara itu didedahkan seorang pegawai Pentagon yang turut memberitahu, latihan terbabit berlangsung selama berbulan-bulan.

Pegawai yang enggan dikenali itu memaklumkan kepada AFP, semalam, sebuah kontinjen terdiri daripada kira-kira 20 pasukan konvensional dan operasi khas, menjalankan latihan itu selama kurang setahun dengan sesetengah jurulatih terbabit bertugas secara bergilir-gilir.

Pegawai itu mengesahkan sebahagian besar laporan Wall Street Journal bahawa latihan terbabit sudah berlangsung sekurang-kurang setahun.

Kementerian Pertahanan Taiwan enggan mengulas laporan itu, namun jurucakap Pentagon, John Supple, berkata secara umum sokongan AS kepada ketenteraan Taiwan adalah berdasarkan keperluan pertahanannya.

“Sokongan kita dan hubungan pertahanan dengan Taiwan adalah sejajar usaha menghadapi ancaman oleh China ketika ini.

“Kami menggesa Beijing untuk menghormati komitmennya ke arah penyelesaian secara aman berhubung perbezaan timbul dalam isu rentas-Selat,” kata Supple dalam satu kenyataan.

Ketika diminta mengulas laporan Wall Street Journal itu pula, Perdana Menteri Taiwan, Su Tseng-chang, berkata ‘perjuangan yang adil sentiasa menarik banyak sokongan.’

“Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kedaulatan negara serta rakyat kami, dan pada masa sama mengekalkan keamanan serantau.

“Kami melakukan segala yang mampu dan menghargai kerjasama dengan negara yang mempunyai pemikiran sama,” katanya.

– AFP

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniSOCHI, 22 Okt – Presiden Rusia berpandangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden membuat keputusan yang tepat dengan mengundurkan tenteranya dari Afghanistan....

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniHANOI, 15 Okt – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniTOKYO, 14 Okt – Pilihan raya umum Jepun bakal diadakan pada 31 Okt selepas Parlimen negara ini dibubarkan pada Khamis, lapor Agensi...

Antarabangsa

Kongsikan Artikel IniPYONGYANG, 12 Okt – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un hari ini menyalahkan Amerika Syarikat (AS) sebagai punca ketegangan di semenanjung Korea,...

Copyright © 2021 Media Rania