Connect with us

Hi, what are you looking for?

MEDIA RANIA

Pendapat

Timbalan Speaker: Sampai Bila Ismail Dalam Tekanan Mahiaddin ?

Kongsikan Artikel Ini

Perkara yang menjadi persoalan sekarang, apa jadi berhubung pengisian jawatan Timbalan Speaker Parlimen?

Meski sebelum ini Bersatu menolak pencalonan Ahmad Maslan bagi jawatan itu kerana kedudukannya yang tercemar sebagai kluster mahkamah, tetapi setelah Setiausaha Agung UMNO itu dibebaskan oleh mahkamah dan tidak lagi bergelar kluster mahkamah, masalah nampaknya tidak juga berakhir.

Langkah terbaru yang diambil Mahiaddin Md Yasin untuk terus menolak Ahmad Maslan ialah dengan mengumumkan pendirian PN yang mewakili 50 Ahli Parlimen gabungan itu bahawa mereka tidak setuju pindaan perlembagaan dilakukan bagi menambah jawatan Timbalan Speaker daripada dua kepada tiga.

PN menegaskan, mereka tidak akan menyokong pindaan itu yang memerlukan kelulusan dua pertiga di Parlimen dengan alasan tiada keperluan untuk menambah jawatan tersebut.

Berikutan perkembangan itu, Ahmad Maslan yang mungkin merasakan peluangnya semakin nipis untuk mengisi jawatan itu, walau telah mengumumkan manifesto 20 perkara tentang pembaharuan Parlimen, akhirnya mengalah dengan mengambil keputusan menarik diri.

Alasan politiknya ialah beliau terlalu sibuk dengan kerja sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Dalam hal ini, kesian pun ada dengan Ahli Parlimen Pontian itu, susah-susah mengumpul duit dan meminjam daripada kawan-kawan untuk membayar kompaun RM1.1 juta, sudahnya jawatan yang diimpikan tidak dapat juga digenggam tangan.

Apakah Ismail Sabri akan menggantikan dengan jawatan lain untuk beliau?

Begitu pun, dalam kemelut ini, masalah Ahmad Maslan barangkali tidaklah susah untuk diselesaikan oleh Perdana Menteri kerana dengan kuasa yang ada dalam tangannya, macam-macam jawatan lain boleh diberikannya.

Beri jawatan lain, apalagi kalau jawatannya lebih bergaji lumayan, senyumlah Ahmad Maslan dan dikira selesailah masalah serta kecewa hatinya.

Tetapi, apa jadi dengan kredibiliti Ismail Sabri sendiri?

Sebelum ini, mungkin kerana tidak menduga cubaannya untuk memberi jawatan kepada geng kluster mahkamah dalam UMNO mendapat bantahan daripada Bersatu, beliau kemudiannya memilih menangguhkan pengisian jawatan Timbalan Speaker bagi membolehkan pindaan perlembagaan dilakukan terlebih dahulu.

Dengan pindaan menambah jawatan itu daripada dua kepada tiga, tujuannya ialah agar tiada pertandingan antara Ahmad Maslan dengan wakil blok pembangkang, Nga Kor Ming dan kedua-dua mereka dapat serentak mengisi jawatan Timbalan Speaker.

Dalam waktu yang sama, penambahan jawatan itu bererti seolah-olah penolakan daripada Bersatu telah dapat ditanganinya.

Walau bagaimana pun, dengan PN seterusnya mengumumkan pendirian menolak cadangan pindaan perlembagaan bagi menambah jawatan Timbalan Speaker serta bertegas tidak akan menyokongnya jika dibentangkan di Parlimen, disusuli pula dengan Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri, tumpuan kini tertumpu kepada Ismail Sabri sendiri.

Apakah beliau akan meneruskan cadangan pindaan perlembagaan selepas ini, walaupun sedar PN tidak akan memberi sokongan atau akan membatalkannya?

Siapa pula calon baru yang bakal ditonjolkan kerajaan untuk mengisi jawatan Timbalan Speaker bagi menggantikan Ahmad Maslan yang telah menarik diri?

Masihkah beliau mahu meletakkan calon daripada UMNO yang rapat dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk diletakkan sebagai Timbalan Speaker?

Ataukah calon baru yang akan dipilih nanti ialah mereka yang perlu dipersetujui oleh Bersatu, PN dan Mahiaddin terlebih dahulu?

Yang nyata, jika Ismail Sabri membatalkan cadangan meminda perlembagaan, ia dengan sendirinya bermakna beliau tiada keberanian mereformasi institusi Parlimen dengan memberi peluang wakil blok pembangkang memegang jawatan Timbalan Speaker.

Perkara itu, jika berlaku, pasti akan menjejaskan hubungannya dengan PH yang telah terikat dengan MOU transformasi dan kestabilan politik, baru-baru ini.

Lebih nyata, ia turut meletakkan Ismail Sabti hilang kewibawaan, sambil dirinya akan terus terperangkap dengan tekanan politik yang lebih berpanjangan daripada Mahiaddin, Bersatu dan PN.

Inikah sebahagian daripada agenda Mahiaddin untuk menjayakan cita-cita “comeback” yang sudah dua kali disebutnya setakat ini?

Shahbudin Husin

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan lupa baca ini...

Ekonomi

Kongsikan Artikel Ini1. Tan Sri Mohd Nor dilantik sebagai Pengerusi TH semasa saya menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas TH mulai tahun 2018. Latarbelakang...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniDilihat berada dalam keadaan tersepit di antara kerjasama dengan Umno atau Bersatu, formula PAS untuk “menyokong penyandang” jika berlaku pertembungan antara kedua-dua...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniMinggu ini kita gembira dengan berita kebenaran merentas negeri. Ini bukan berkaitan dengan balik kampung menziarahi ibu bapa dan sanak saudara tetapi...

Pendapat

Kongsikan Artikel IniPENDAPAT, 10 Okt – Pengakuan UMNO Melaka tentang cubaannya menggamit kerjasama dengan DAP bagi menyelematkan nyawa kerajaan negeri daripada tumbang tidak lain...

Copyright © 2021 Media Rania